Hari Kelepasan Am / Cuti Umum Pulau Pinang 2025

Berikut dikongsikan senarai tarikh cuti umum Pulau Pinang 2025 untuk makluman dan rujukan semua rakyat negeri Pulau Pinang bagi merancang percutian bersama keluarga tercinta.
Isi Kandungan
Senarai Cuti Umum Pulau Pinang 2025
Boleh rujuk jadual dibawah untuk melihat senarai cuti umum Pulau Pinang 2025.

Senarai cuti dibawah adalah tertakluk kepada perubahan dan pengumuman tarikh-tarikh tersebut telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Tarikh | Hari | Senarai Cuti | Cuti Kelepasan Am |
---|---|---|---|
1 Januari 2025 | Rabu | Tahun Baru 2025 | Negeri |
29 Januari 2025 | Rabu | Tahun Baru Cina | Persekutuan |
30 Januari 2025 | Khamis | Tahun Baru Cina Hari Kedua | Negeri |
11 Februari 2025 | Selasa | Hari Thaipusam | Negeri |
18 Mac 2025 | Selasa | Hari Nuzul Al-Quran | Negeri |
31 Mac 2025 | Isnin | Hari Raya Puasa | Persekutuan* |
1 April 2025 | Selasa | Hari Raya Puasa Hari Kedua | Persekutuan* |
1 Mei 2025 | Khamis | Hari Pekerja | Persekutuan |
12 Mei 2025 | Isnin | Hari Wesak | Persekutuan |
2 Jun 2025 | Isnin | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong | Persekutuan |
7 Jun 2025 | Sabtu | Hari Raya Haji | Persekutuan* |
27 Jun 2025 | Jumaat | Awal Muharam | Persekutuan |
7 Julai 2025 | Isnin | Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia | Negeri |
12 Julai 2025 | Sabtu | Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang | Negeri |
31 Ogos 2025 | Ahad | Hari Kebangsaan | Persekutuan |
5 September 2025 | Jumaat | Hari Keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. | Persekutuan |
16 September 2025 | Selasa | Hari Malaysia | Persekutuan |
20 Oktober 2025 | Isnin | Hari Deepavali | Persekutuan* |
25 Disember 2025 | Khamis | Hari Krismas | Persekutuan |
Maklumat Tambahan
Untuk makluman, apabila Hari Kelepasan Am itu jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika hari kemudiannya itu juga merupakan Hari Kelepasan Am, maka hari berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
Sekiranya Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu misalnya Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong / Tuan Yang Terutama maka Hari Kelepasan Am tersebut TIDAK DIGANTI dengan hari berikutnya bekerja iaitu hari Isnin.
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat merancang cuti anda!