Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Diskaun Bil Elektrik 2021 PEMULIH : 5 Hingga 40% Setiap Rumah

Diskaun Bil Elektrik 2021 PEMULIH adalah hasil daripada pengumuman Perdana Menteri mengenai pelaksanaan Pakej PEMULIH pada 28 Jun 2021, diskaun bil elektrik bakal diterima untuk tempoh 3 bulan dari 1 Julai 2021 hingga 30 September 2021 oleh kumpulan sasar berikut berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan.

Diskaun bil elektrik

Isi Kandungan

Intipati Diskaun Bil Elektrik 2021 PEMULIH

  • Kerajaan bersetuju untuk memberikan diskaun antara 5 hingga 40% mengikut kadar penggunaan elektrik sesebuah rumah dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan.
  • Antara yang akan diberi ialah diskaun sebanyak 40% akan diberikan kepada pengguna elektrik yang mana penggunaan elektrik bawah had 200 kilowatt jam sebulan dan 15% bagi penggunaan elektrik antara 201 hingga 300 kilowatt jam sebulan.
  • Secara menyeluruh, rakyat Malaysia akan mendapat diskaun berjumlah lingkungan RM 346 juta. Diskaun ini akan berkuat kuasa bagi tempoh tiga bulan mulai bil bulan Julai 2021.

Diskaun Bil Elektrik
Bilakah Tempoh Layak Menerima Diskaun Di Bawah Pakej Pemulih Dan Rebat Icpt?

  1. Diskaun bil elektrik di bawah Pakej PEMULIH adalah diberikan untuk tempoh tiga (3) bulan untuk penggunaan elektrik mulai dari 1 Julai 2021 sehingga 30 September 2021 untuk pengguna kediaman (Tarif A – Domestik) sehingga 900kWj sebulan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) voltan rendah.
  2. Manakala, bagi pengguna komersil dari 6 sektor perniagaan terpilih, diskaun PEMULIH adalah bermula dari 1 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2021. Untuk penggunaan dari 1 Julai 2021 sehingga 30 September 2021, diskaun adalah di bawah pakej PEMERKASA Plus.
  3. Di samping itu, semua pengguna TNB akan terus menikmati rebat ICPT sebanyak RM0.02 per kWj untuk penggunaan elektrik bulanan bermula dari 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.

Siapakah Yang Layak Menerima Rebat Icpt?

  • Semua pengguna TNB layak menerima rebat ICPT sebanyak RM0.02 per kWj untuk penggunaan elektrik bulanan selama tempoh enam (6) bulan bermula dari 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2021.

Adakah Diskaun Pakej Pemulih Ini Akan Terus Dimasukkan Dalam Bil Bulan Julai 2021?

  • Diskaunakan diberikan mulai penggunaan 1 Julai sehingga 30 September 2021 sahaja.
  • Pelanggan yang menerima bil bulan Julai 2021 akan mendapat diskaun mengikut bilangan hari penggunaan dalam bulan tersebut. Diskaun yang diberikan adalah selepas mengambil kira rebat ICPT sebanyak RM0.02 per kWj.
  • Pengguna akan dapat melihat diskaun di dalam bil elektrik yang bertarikh 15 Julai 2021 dan seterusnya. Bagi pengguna yang menerima bil bertarikh antara 1 – 14 Julai 2021, amaun diskaun (yang layak) untuk bulan Julai 2021 akan dimasukkan ke dalam bil bulan Ogos 2021.
  • Diskaun PEMULIH akan mula dinikmati sepenuhnya di dalam bil bulan Ogos dan September 2021.

Apakah Sektor Perniagaan Yang Layak Menerima Diskaun Sebanyak 10%?

6 sektor perniagaan terpilih yang telah dikenalpasti oleh Kerajaan bagi diskaun 10% ialah:

  • Taman Tema
  • Pusat Konvensyen
  • Pengendali Hotel
  • Agensi Pelancongan
  • Pejabat Syarikat Penerbangan Tempatan
  • Pusat Membeli Belah

Pengguna perdagangan dari 6 sektor terpilih yang telah menerima diskaun 10% di bawah Pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) akan secara automatik layak menerima diskaun 10% di bawah PEMERKASA+ dan PEMULIH.

Siapakah Yang Boleh Dihubungi Untuk Mendapatkan Maklumat Diskaun Bawah Pakej Pemulih Dengan Lebih Lanjut?

  1. TNB CareLine di talian 1-300-88-5454
  2. E-mel [email protected]
  3. Layari https://www.tnb.com.my/mco/pemulih
  4. Kedai Tenaga yang berdekatan

Wajarkah Diskaun Bil Elektrik Ini Diteruskan?

Sangat wajar, kerana hampir keseluruhan rakyat sedang berada di rumah masing-masing dan sudah pasti penggunaan elektrik akan meningkat. Hal ini secara automatik menyebabkan kos sara hidup meningkat dan memberi bebanan kepada rakyat. Seharusnya, bantuan ini harus diperpanjangkan sehingga ke tahun depan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More