Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Diskaun Pengurangan Saman Sehingga 80% Buat Semua Rakyat Malaysia

Diskaun Pengurangan Saman Sehingga 80% ini merupakan antara salah satu berita yang baik buat semua rakyat Malaysia, tidak kira golongan B40, M40 dan T20. Baca artikel ini untuk maklumat lanjut.

Diskaun Pengurangan Saman

Isi Kandungan

Diskaun Pengurangan Saman

Bersempena dengan program Acara 100 Hari Aspirasi Kelurga Malaysia, maka pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) dengan sebulat hati menyatakan penawaran pengurangan diskaun saman yang dikenakan kepada semua rakyat Malaysia. Akan tetapi, diskaun saman ini hanya tertaluk kepada saman-saman yang tertentu sahaja. Diharapkan agar rakyat Malaysia mampu melangsaikan denda saman anda dalam tempoh diskaun ini bagi membantu anda semua dalam perihal kewangan.

Diskaun Pengurangan Saman Sehingga 80%

Pengurangan diskaun sehingga 80% ini hanya tertakluk kepada saman yang dikenakan di kawasan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sahaja.

Diskaun Pengurangan Saman Sehingga 70%

Pengurangan diskaun sehingga 70% ini pula tertakluk kepada saman yang dikenakan ke seluruh negeri selain daripada kawasan yang dinyatakan di atas.

Jenis-Jenis Saman Yang Tidak Terlibat

Diskaun Pengurangan Saman

Di bawah ini saya sertakan senarai semak jenis saman yang tidak tertakluk kepada diskaun ini.

BIL

JENIS SAMAN YANG DIKECUALIKAN

1.

Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan

2.

Kesalahan Potong Garisan Berkembar Tahun 2021

3.

Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021

4.

Kesalahan Menggunakan Lorong Kecemasan Tahun 2021

5.

Kesalahan Potong Secara Berbahaya atau Potong ‘Q’ Tahun 2021

6.

Kemalangan Tahun 2021

7.

Berstatus Bicara Mahkamah

8.

Berkait Kenderaan Lori

9.

Berstatus NC (Non-Compoundable)

Tempoh Diskaun Pengurangan Saman

Diskaun Pengurangan Saman

Untuk makluman semua, tempoh diskaun pengurangan saman tidaklah sepanjang masa tetapi dalam masa terhad sahaja. Tempoh ini adalah selari dengan tempoh Program Acara 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.

  • TARIKH DISKAUN BERMULA : 9 Disember 2021
  • TARIKH DISKAUN BERAKHIR : 31 Disember 2021
  • TEMPOH DISKAUN : Hingga akhir 2021
  • Saman yang tertakluk hanyalah kepada saman daripada JPJ yang boleh dikompaun sahaja.

Lokasi Pembayaran Saman

Untuk membuat pembayaran saman anda, anda boleh pergi ke tempat yang disenaraikan di bawah dalam tempoh 4 hari ini sahaja.

  1. Mobile Unit JPJ dan Kiosk JPJ Kuala Lumpur City Centre(KLCC).
    • Tempat berlangsungnya program Acara 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia
  2. Semua pejabat Negeri.
  3. Di seluruh cawangan Jabatan Pengagkutan Jalan(JPJ).
  4. UTC JPJ.
  5. Secara atas talian di laman web Portal MySIKAP JPJ.

Video 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Di bawah ini saya sertakan kepada anda klip video pendek berkaitan hebahan program Acara 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang bakal diadakan pada tarikh 9 Disember 2021 ini di KLCC.

Buat Semakan Status Saman Anda Sekarang

Diharapkan agar perkongsian artikel berkaitan diskaun pengurangan saman ini mampu memberi nafas lega kepada masyarakat Malaysia bagi seluruh negeri. Lebih-lebih lago, negara kita masih berada dalam fasa pemulihan daripada wabak berjangkit Covid-19 ini yang kadangkala naik dan kadangkala turun. Gunakanlah peluang ini dengan sebaik mungkin.

Ingatlah peluang hanya datang sekali. Semaklah status anda dan selesaika bayaran saman dengan segera. Jikalau tidak, anda perlu membayar harga penuh.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More