Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Diskaun Saman Kesalahan Trafik PDRM

Diskaun Saman Kesalahan Trafik PDRM bagi saman trafik sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 telah ditawarkan.

Sekiranya anda mempunyai saman trafik, mungkin inilah masa yang anda tunggu-tunggu!

Sukacita dimaklumkan kepada semua pengguna jalan raya, pihak Polis Diraja Malaysia telah menawarkan diskaun saman sehingga 60% bagi saman trafik.

Isi Kandungan

Diskaun Saman Kesalahan Trafik PDRM

Berita baik buat mereka yang mempunyai saman trafik tertunggak!

Bersempena dengan sambutan Peringatan Hari Polis Ke-216 yang disambut pada tahun 2023 ini, PDRM akan menawarkan diskaun sebanyak 60% terhadap kesemua jenis kesalahan trafik, kecuali 10 kesalahan seperti berikut:

  • Saman melibatkan kemalangan
  • Saman bicara mahkamah
  • Kategori ‘TIDAK BOLEH KOMPAUN’
  • Memotong secara berbahaya
  • Menggunakan lorong kecemasan
  • Tidak patuh isyarat lampu merah
  • Kesalahan berkaitan kenderaan berat (lori)
  • Memotong garisan berkembar
  • Pengubahsuaian ekzos kenderaan
  • Saman berstatus ‘Op Selamat’

Diskaun Saman Kesalahan Trafik PDRM

Tempoh Diskaun Saman Kesalahan Trafik PDRM

  • Tempoh tawaran ini akan bermula pada 20 Mac 2023 dan akan berakhir pada 31 Mac 2023
  • Pembayaran boleh dibuat di semua Kaunter-kaunter Bayaran Saman Trafik di peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah, bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang (hari bekerja sahaja)

Kaedah Pembayaran Saman Trafik

Secara alternatifnya, orang ramai yang ingin membayar saman trafik boleh:

  1. Memuat turun (download) aplikasi ‘MyBayar Saman’ di Google Playstore atau Apple App Store
  2. Membuat pembayaran secara dalam talian (online) menggunakan kad kredit atau kad debit

Cara Menyemak Saman Secara Online

Diskaun Saman Kesalahan Trafik PDRM

Status saman anda boleh disemak menggunakan perkhidmatan digital, MyBayar Saman.

Perkhidmatan ini bertujuan untuk memudahkan pengguna melakukan bayaran saman dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara dalam talian (online).

Muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau Apple App Store, atau anda boleh juga layari https://mybayar.rmp.gov.my untuk menyemak status saman anda.

Semak status saman anda sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan diskaun sehingga 60% ini.

Kongsikan info Diskaun Saman Kesalahan Trafik PDRM ini kepada keluarga, rakan dan kenalan agar lebih ramai mengambil peluang yang ada ini bagi menyelesaikan saman trafik yang tertunggak.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More