Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Diskaun Saman PDRM 2025 Sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia

Berikut dikongsikan satu berita baik yang telah diwarwarkan pada baru-baru ini, iaitu mengenai kempen diskaun saman PDRM 2025 sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Isi Kandungan

Kempen 50% Diskaun Saman PDRM 2025

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia ke-62, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama MyDigital ID melancarkan Kempen Diskaun Saman Kebangsaan dengan tawaran pengurangan saman trafik PDRM sebanyak 50% melalui portal atau aplikasi MyBayar PDRM dengan log masuk menggunakan MyDigital ID bermula 31 Ogos 2025 sehingga 16 September 2025.

Tawaran Diskaun Saman PDRM 2025 ini hanya sah untuk pembayaran melalui portal atau aplikasi MyBayar PDRM dengan menggunakan log masuk MyDigital ID, sekaligus memastikan kemudahan ini khusus kepada rakyat Malaysia.

Justeru, semua rakyat dipelawa mengambil tawaran keemasan pengurangan saman ini bagi melangsaikan tunggakan saman trafik PDRM masing-masing dengan lebih mudah, cepat dan selamat.

Dengan pelaksanaan ini, kerajaan melalui KDN dan PDRM menzahirkan komitmen untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan, disamping mengangkat agenda digitalisasi negara seiring dengan semangat kemerdekaan dan kemajuan Malaysia.

Diskaun Saman PDRM 2025 Sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 1

Cara Membuat Pendaftaran, Semakan & Pembayaran Saman

Berikut adalah cara membuat pendaftaran, semakan dan pembayaran secara online di aplikasi atau Portal MyBayar Saman.

Langkah 1: Pendaftaran1. Layari Portal MyBayar Saman atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.
2. Tekan butang daftar pengguna baharu.
3. Isi maklumat peribadi.
4. Isi pengesahan OTP.
5. Log masuk setelah selesai mendaftar.
Langkah 2: Semakan1. Tekan butang ‘Semakan Saman’ terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar pada menu utama.
2. Butiran Semakan Saman akan dipaparkan.
Langkah 3: Pembayaran1. Tekan butang ‘Bayaran Saman’ pada menu utama.
2. Pilih saman yang hendak dibayar.
3. Pilih mod bayaran.
4. Butiran transaksi pembayaran akan dipaparkan.
5. Semak sejarah transaksi di paparan aktiviti.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran saman boleh membuat semakan dan mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.

Diskaun Saman PDRM 2025 Sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai diskaun saman PDRM 2025 ini, sila rujuk media-media sosial yang berkaitan dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More