Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Diskaun Saman Trafik 50% 18 Jun hingga 18 Julai 2021

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus bermula 18 Jun hingga 18 Julai depan. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata tawaran diskaun saman trafik tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah dan lain-lain kesalahan utama pada tahun ini.

Isi Kandungan

Diskaun Saman Trafik 50%

Diskaun Saman Trafik 50% 18 Jun hingga 18 Julai 2021 1
Diskaun Saman Trafik

“PDRM akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus bagi semua saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.

Diskaun Saman Trafik 50% 18 Jun hingga 18 Julai 2021

Diskaun Saman Trafik 50% 18 Jun hingga 18 Julai 2021

“Orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM https://mybayar.gov.my/ms/registration/frmlogins.aspx, muat turun aplikasi di telefon pintar.
 
“Aplikasi MyBayar saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut.
 

“Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, semua kaunter pembayaran saman di Kontijen dan Ibu Pejabat Polis Daerah akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan COVID-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, MyBayar saman merupakan inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya kepada masyarakat.

Justeru beliau berharap dengan pengurangan kompaun saman ini akan dapat membantu orang ramai yang terkesan dalam situasi sukar pandemik COVID-19.

Sumber Astro Awani

Diskaun Saman Trafik 50% 18 Jun hingga 18 Julai 2021

Cara Pendaftaran MyBayar Saman

Untuk mendapatkan diskaun saman ini, anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna melalui 2 cara berikut:

Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

Terdapat 3 langkah yang perlu diambil untuk menggunakan portal dan aplikasi berkenaan iaitu Pendaftaran, Semakan dan Pembayaran.

Di mana menerusi Pendaftaran, pengguna perlu memasukkan maklumat diri yang diperlukan, isi pengesahan OTP dan login masuk portal / aplikasi berkenaan.

Menerusi Semakan pula, pengguna boleh menyemak saman yang hendak dibayar. Notifikasi saman juga akan dipaparkan sekiranya mempunyai saman baharu.

Seterusnya pengguna boleh memilih mod transaksi dalam laman Pembayaran untuk melangsaikan saman terbabit.

Langkah Penggunaan MyBayar Saman

Mybayar saman

Sumber PDRM

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More