Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Dividen KWSP 2021 Dijangka Rendah

Dividen KWSP 2021 dijangka rendah. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mampu mempertahankan kecairan dan pelaburannya walaupun `diancam’ pengeluaran simpanan oleh pencarum selepas kerajaan mengumumkan akan membenarkan pelaksanaan program i-Sinar tanpa syarat mulai hari ini.

KWSP SUSUN STRATEGI ATASI DIVIDEN KWSP 2021 YANG DIJANGKA RENDAH

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan Universiti Kewangan Islam Global (Inceif), Prof. Madya Dr. Baharom Abdul Hamid berkata, KWSP telah menyusun semula pelaburannya dan kini, agensi itu mula menyusun strategi untuk melakukannya dengan lebih luas.

“Namun harus berhati-hati. Sebagai pemain terbesar dalam pasaran saham tempatan, ia tidak harus menggoncang pasaran apabila lambakan jualan dilakukan KWSP,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Disember lalu, KWSP mengumumkan pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM17.33 bilion untuk suku ketiga berakhir 30 September tahun lalu, walaupun berhadapan ketidaktentuan dalam pasaran modal.

Kejayaan tersebut, menurut Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff adalah hasil inisiatif strategiknya dalam pelaburan, termasuk mempelbagaikan aset pelaburannya ke luar negara.

Mengulas lanjut, Baharom berpendapat dividen yang disumbangkan KWSP untuk 2021 dijangka berkurang akibat aktiviti mencairkan aset untuk menampung pengeluaran i-Sinar.

Kata beliau, KWSP mungkin terpaksa mencairkan aset yang memberikan keuntungan tinggi atau bakal memberikan pulangan tinggi.

Namun, beliau menegaskan, agregat pengeluaran akibat keputusan kerajaan memansuhkan syarat i-Sinar masih belum dapat dipastikan.

“Sama ada ia akan mengakibatkan pengeluaran secara besar-besaran atau tidak, ia hanya persepsi buat masa ini.

“Masih terlalu awal untuk mengandaikannya. Ia akan lebih jelas dalam sebulan atau dua lagi,” katanya.

Mengulas mengenai impak keputusan kerajaan terhadap simpanan hari tua pencarum, Baharom tidak menafikan ia dijangka memberi kesan yang negatif.

“Apatah lagi kita menuju negara berusia dan statistik menunjukkan kadar tabungan KWSP yang agak tidak memuaskan, ditambah pula dengan pengeluaran pramatang.

“Ia dikhuatiri mencetuskan krisis sosial pada masa hadapan kecuali pembuat polisi hadir dengan kerangka yang jelas dan mapan untuk menghadapinya,” katanya.

dividen kwsp 2021

KWSP LULUSKAN PENGELUARAN BERJUMLAH RM 34 BILION 

Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul La­tiff berkata, berdasarkan kepada­ pengiraan dividen pada tahun 2019, KWSP memerlukan sekitar RM8.5 bilion untuk membayar setiap satu peratus dividen.

Bagi tahun 2019, kadar dividen yang diumumkan adalah 5.45 peratus.

Menurut beliau, dividen paling rendah yang diisytiharkan KWSP sebelum ini adalah 4.25 peratus pada tahun 2002 iaitu 18 tahun yang lalu dan KWSP juga pernah memberikan dividen 4.5 peratus pada 2008.

Penurunan kadar dividen 4.5 peratus pada tahun 2008 adalah kerana peningkatan peruntukan rosot nilai pelaburan kesan daripada penurunan mendadak harga­ pasaran ekuiti global ekoran krisis kewangan dunia.

Tambah beliau, pembayaran yang lebih tinggi daripada kadar agihan pendapatan ASB bukan mustahil untuk dicapai meskipun operasi KWSP sedikit sebanyak terjejas ekoran pengeluaran khas simpanan penca­rum bagi menghadapi cabaran ekonomi­ akibat pandemik ­Covid-19.

Ahmed Razman berkata, KWSP telah meluluskan penge­luaran berjumlah RM34 bilion bagi tujuan tersebut, RM14.41 bilion daripadanya menerusi inisiatif i-Lestari manakala RM19.62 bilion lagi melalui ini­siatif i-Sinar.

Jumlah berkenaan tidak termasuk i-Sinar di bawah Ka­tegori 2 yang masih dalam proses permohonan, manakala isu pe­ngangguran yang meningkat sehingga kepada paras 5.3 peratus pada Mei lalu turut menjejaskan caruman yang diterima KWSP. Keadaan itu turut menjejaskan dividen KWSP 2021.

PENUTUP

Akhir kata, semoga perkongsian kami kali ini berkaitan dengan Dividen KWSP 2021 Dijangka Rendah dapat memberi manfaat buat semua. Untuk mendapat lebih banyak info dan isu semasa sila layari https://www.tcer.my/.

Sumber – UTUSAN MALAYSIA

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More