Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Dimudahkan Faham Pelajaran

Doa Dimudahkan Faham Pelajaran

Doa Dimudahkan Faham Pelajaran adalah doa yang boleh diamalkan bagi memohon kepada Allah SWT supaya mudah untuk memahami apa yang sedang dipelajari.

 

 

Doa Dimudahkan Faham Pelajaran

Doa Dimudahkan Faham Pelajaran

Ilmu perlu dilihat sebagai sesuatu yang berharga, ataupun mahal berbanding perkara-perkara lain. Oleh sebab itu, ilmu dianggap sebagai permata yang amat bernilai. Ilmu jugalah akhirnya yang akan dapat membentuk kebaikan. Kebaikan bukanlah terletak dengan banyaknya harta, tingginya pangkat kuasa, keturunan yang hebat atau besarnya jasa. Akan tetapi, kebaikan terletak di dalam ilmu Allah SWT ketika mencari keredhaan-Nya. Maka, menerusi ilmu, manusia dapat melahirkan tali silaturrahim sesama mereka, menjaga perhubungan di antara makhluk dan manusia serta menjaga hubungan di antara manusia dengan penciptanya, Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Dari Abu Hurairah RA, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang menempuh jalan untuk menuntut atau mencari ilmu, maka Allah memudahkannya untuk menempuh jalan ke syurga.” – Diriwayatkan oleh Tirmidzi.

Nabi SAW menyebutkan dalam hadis ini tentang orang-orang yang menempuh jalan di dalam menuntut ilmu. Apabila digunakan perkataan menempuh, ia secara tidak langsung menunjukkan betapa berat dan sukarnya jalan tersebut. Ianya memberikan gambaran bahawa jalan yang bakal ditempuh itu adalah berliku, penuh ranjau dan memerlukan pengorbanan tinggi.

Oleh yang demikian, sentiasalah kita berdoa, dan memohon kepada Yang Maha Esa, dalam mempermudahkan kefahaman kita dalam belajar/menuntut ilmu. Kami kongsikan untuk anda, doa dimudahkan faham pelajaran, moga bermanfaat buat semua.

 

Doa Dipermudahkan Faham Pelajaran

 

فَفَهَمْنَاهاَ سُلَيْمَانَ وَكُلاَّ اَٰتَيْناَ حِكْماً وَعِلْمً وَسَخََّرْناَ مَعَ دَاوُدَالجِْبَالَ يُسَّبِحْنَ وَالطَّيْرِ وُكناَّ فَاعِلِيْنَ , وَ ياَ حَيُّ يَا قَيُّومُ ياَ رَبَّ مُوسَىٰٰ وَهَارُوْنَ وَرَبَّ إِبْرَاهِيْمَ وَياَ رَبَّ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ (صلى الله عليه وسلم) عَلَيْهِمْ أَجمْـَعِيْنَ , اَللَّّهُمَّ ارْزُقْنِيَ الفَهْمَ وَالعِلْمَ وَالحِكْمَةً وَالعَقْلَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَاحِمِيْنَ

( Surah Al-Anbiya’: ayat 79)

 

Maksudnya:

Kami fahamkan Sulaiman akan dia, dan masing-masing kami berikan hukum dan ilmu, kami tundukkan gunung-ganang dan burung kepada Daud, dan semuanya itu Kamilah yang membuatnya. Ya Allah, Tuhan Musa dan Tuhan Harun, Tuhan Ibrahim dan Tuhan sekalian makhluk, berilah aku rezeki, faham ilmu dan hikmah, dan fikiran dengan-Mu, Ya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih.

 

 

ADAB BERDOA

 

Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Al Baqarah: 186

Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

 

Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.

 

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian kami tentang Doa Dimudahkan Faham Pelajaran ini dapat memberi sedikit panduan buat semua dalam berdoa dan memohon kepada Allah untuk memudahkan pemahaman ketika belajar. Semoga doa dimudahkan faham pelajaran ini memberi manfaat buat semua, dan dapat diamalkan. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my berada dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa dan dipermudahkan untuk mempelajari ilmu pengetahuan.

Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

 

Artikel berkaitan:

Doa Belajar

Doa Sebelum Peperiksaan

Doa Dipermudahkan Segala Urusan

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More