Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Mencari Keredhaan Allah SWT & Mencari Keredhaan Manusia

Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai maksud sebenar redha yang mungkin ramai lagi antara kita yang tidak mengetahuinya.

Isi Kandungan

Apa Itu Redha?

“Redha” (atau reda) ialah istilah asal bahasa Arab yang bermaksud kepuasan, keseronokan, kepuasan atau penerimaan.

Dalam konteks Melayu dan Islam, ia merujuk kepada pasrah diri kepada kehendak Allah SWT, menerima baik dan buruk sebagaimana yang ditetapkan Ilahi, dan mencari ketenangan dalam amanah itu.

Dalam Islam, redha bermaksud menerima takdir atau ketetapan (takdir) Allah SWT, walaupun dalam keadaan sukar. Ia merangkumi rasa kedamaian dan kepuasan yang mendalam dengan apa yang telah diberikan, menunjukkan kepercayaan dan penyerahan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Allah SWT.

Konsep ini berkait rapat dengan kesabaran (sabr) dalam menghadapi kesusahan dan keyakinan yang kuat terhadap kasih sayang dan penjagaan Allah SWT.

Mencari keredhaan merupakan salah satu daripada ciri atau sifat yang terpuji. Ini kerana, kita dituntut untuk sentiasa mencari keredhaan Allah SWT dan juga keredhaan orang yang berada di sekeliling dengan kita. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis:

مَنِ التَمَسَ رِضَاءَ اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ كَفَاهُ اللَّهُ مُؤْنَةَ النَّاسِ، وَمَنِ التَمَسَ رِضَاءَ النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ وَكَلَهُ اللَّهُ إِلَى النَّاسِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang mencari redha Allah SWT sekalipun memperolehi kemurkaan manusia, maka Allah SWT akan cukupkan kebergantungannya terhadap manusia. Barangsiapa yang mencari redha manusia sekalipun memperolehi kemurkaan Allah SWT, maka Allah SWT akan serahkannya kepada manusia.” 

Hadis Riwayat Al-Tirmizi

Redha termasuk di dalam sifat-sifat mahmudah iaitu sifat yang terpuji.

Di samping itu, ia juga merupakan salah satu daripada ciri-ciri orang yang bertaqwa. Akan tetapi, mencari keredhaan Allah SWT adalah yang paling utama berbanding dengan manusia.

Mencari Keredhaan Allah SWT & Mencari Keredhaan Manusia 1

Doa Memohon Keredhaan Allah SWT

Berikut adalah doa yang boleh kita amalkan untuk memohon keredhaan Allah SWT dalam kehidupan harian kita, iaitu:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ والْجَنَّة وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ سَخَطِكَ وَالنَّارِ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu keredhaanMu dan syurga, dan aku berlindung kepadaMu daripada kemurkaanMu dan azab api neraka.”

Daripada Umar bin Al-Khattab R.A, katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أُنْزِلَ عَلَيْهِ الوَحْيُ سُمِعَ عِنْدَ وَجْهِهِ كَدَوِيِّ النَّحْل ،ِ فَأُنْزِلَ عَلَيْهِ يَوْمًا فَمَكَثْنَا سَاعَةً ، فَسُرِّيَ عَنْهُ فَاسْتَقْبَلَ القِبْلَةَ وَرَفَعَ يَدَيْهِ وَقَالَ : اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلاَ تَنْقُصْنَا ، وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا ، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا ، وَآثِرْنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا ، وَارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا ، ثُمَّ قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أُنْزِلَ عَلَيَّ عَشْرُ آيَاتٍ ، مَنْ أَقَامَهُنَّ دَخَلَ الجَنَّةَ ، ثُمَّ قَرَأَ :  قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ  حَتَّى خَتَمَ عَشْرَ آيَاتٍ

Maksudnya: “Apabila diturunkan wahyu kepada Nabi Muhammad SAW, maka terdengar suara seperti suara dengungan lebah di wajah Baginda. Pada suatu hari, diturunkan wahyu kepada Baginda, lalu kami diam sejenak. Kemudian, Baginda kelihatan gembira lalu menghadap kiblat dan berdoa:

اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلَا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلَا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَأرْضِنَا وَارْضَ عَنَّا

Maksudnya: “Wahai Allah! Tambahkanlah buat kami dan jangan Engkau kurangkan. Muliakanlah kami, jangan hinakan kami. Berilah kebaikan buat kami, jangan cegahnya. Pilihlah kami, jangan Engkau biarkan dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.”

Hadis Riwayat Al-Tirmizi 

Maka, tidak hairanlah para sahabat sentiasa mendapat kelebihan, kerana mereka bukan sahaja redha kepada Allah SWT, tetapi jauh lebih hebat daripada itu, Allah SWT sangat redha kepada mereka.

Tanda-Tanda Allah SWT Redha Kepada Kita

Dalam kehidupan ini, kita harus mempunyai matlamat untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Untuk mencapainya, kita perlu menuruti segala yang telah diperintahkan ke atas kita. Tinggalkan segala larangan-Nya dan elakkan melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh Allah SWT.

Apabila kita sudah berusaha untuk memenuhi segala kehendak Allah SWT, bagaimana pula untuk kita tahu bahawa Allah SWT sudah kepada kita?

Berikut merupakan antara tanda-tandanya, iaitu:

  1. Allah SWT akan mempermudahkan segala urusan kita untuk melakukan kebaikan. Kita akan berasa mudah dan ringan untuk melakukan kebaikkan. Apabila membuat dosa, kita akan terasa pahit dan menyesakkan jiwa.
  2. Terasa ingin cepat bertaubat kepada Allah SWT apabila melakukan dosa.
  3. Sentiasa merasai kebaikan Allah SWT di mana-mana sahaja.
  4. Hidup kita akan rasa diberkati.
Mencari Keredhaan Allah SWT & Mencari Keredhaan Manusia 2

Akhir sekali, semoga kita sentiasa digolongkan dalam kalangan orang-orang yang sentiasa redha dengan ketetapan dan ketentuan ilahi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More