Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Ketika Hujan Adalah Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Berikut adalah sedikit perkongsian mengenai doa ketika hujan yang boleh diamalkan ketika hujan sedang turun dan mungkin ramai lagi tidak mengetahuinya.

Isi Kandungan

Apa Itu Waktu Mustajab Doa?

Waktu mustajab doa merangkumi pelbagai saat yang dikurniakan rahmat oleh Allah SWT, antaranya adalah sepertiga akhir malam (sahur), antara azan dan iqamah, ketika sujud dalam solat, menjelang berbuka puasa, pada hari Jumaat (terutamanya selepas Asar), dan ketika turun hujan. 

Selain itu, waktu hari Arafah, iaitu pada 9 Zulhijjah, dan ketika bermusafir juga merupakan waktu-waktu istimewa untuk berdoa.

Waktu-waktu umum atau waktu istimewa yang mustajab doa adalah seperti berikut:

Sepertiga Akhir Malam (Sahur)Waktu ini adalah saat penuh keberkatan di mana Allah SWT turun ke langit dunia dan mengabulkan setiap doa hamba-Nya.
Antara Azan & IqamahWaktu singkat ini adalah saat pintu langit terbuka luas dan doa seorang hamba yang taat tidak akan ditolak.
Ketika Sujud Dalam SolatSujud adalah saat hamba berada paling dekat dengan Allah SWT, maka perbanyakkanlah doa ketika ini.
Menjelang Berbuka PuasaDoa orang yang berpuasa, baik puasa wajib mahupun sunat, di waktu akhir sebelum berbuka tidak akan ditolak.
Selepas Solat FardhuSelain berdoa dan berzikir, selepas solat fardhu juga merupakan amalan yang digalakkan untuk berdoa kepada Allah SWT.
Hari JumaatWaktu paling mustajab pada hari Jumaat adalah selepas Asar sehingga terbenamnya matahari, berdasarkan kuatnya dalil dan amalan para salaf.
Hari ArafahHari wukuf bagi jemaah haji, iaitu 9 Zulhijjah, adalah sebaik-baik waktu untuk berdoa.
Ketika BermusafirDoa orang yang bermusafir juga termasuk dalam doa yang makbul dan tidak ada keraguan padanya.
Ketika Hujan TurunHujan adalah tanda rahmat Allah SWT sedang turun, maka doa ketika ini juga sangat mustajab.

Doa Ketika Hujan

Hujan merupakan kejadian alam yang menjadi proses kitaran kehidupan.

Adakalanya hujan menjadi nikmat yang ditunggu-tunggu, terutamanya pada musim kemarau dan ketika kesulitan mendapatkan air.

Allah SWT yang berkuasa menurunkannya, bukan manusia atau makhluk-makhluk lainnya dan ia merupakan nikmat dan juga bentuk kasih sayang Allah SWT kepada makhluk-makhluknya.

Justeru, Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada umatnya apabila melihat hujan turun agar berdoa kerana berdoa ketika hujan adalah mustajab sebagaimana disebutkan daripada Sahl bin Sa’ad RA, Rasulullah SAW bersabda:

إِثْتَتَانِ لَا تُرَدَّانِ: الدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ، وَتَحْتَ الْمَطَرِ

Maksudnya: “Dua doa yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan atau selepas daripada azan dan doa ketika turunnya hujan.”

Daripada ‘Aisyah RA, bahawa Rasulullah SAW tatkala melihat hujan, Baginda akan berdoa:

 اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Maksudnya: “Ya Allah, kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.”

Doa Ketika Hujan Adalah Waktu Mustajab Untuk Berdoa 1
Doa Ketika Hujan

Antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW apabila hujan yang turun itu sebagai rahmat daripada Allah SWT ialah Baginda akan membasahkan badannya dengan air hujan tersebut sebagai tanda kesyukuran dan kegembiraan sebagaimana disebut oleh Anas bin Malik RA:

عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَالَ أَنَسٌ : ” أَصَابَنَا وَنَحْنُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَطَرٌ ، قَالَ : فَحَسَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَوْبَهُ حَتَّى أَصَابَهُ مِنَ الْمَطَرِ ، فَقُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ صَنَعْتَ هَذَا ؟ قَالَ : ” لِأَنَّهُ حَدِيثُ عَهْدٍ بِرَبِّهِ تَعَالَى “. أخرجه  مسلم في صحيحه،  كِتَابٌ : صَلَاةُ الِاسْتِسْقَاءِ، بَابٌ : الدُّعَاءُ فِي الِاسْتِسْقَاءِ، حديث رقم

Maksudnya: “Daripada Anas RA, beliau berkata; “Kami bersama-sama Rasulullah SAW pernah ditimpa hujan, Anas melanjutkan: “Lalu Rasulullah SAW menyelak pakaiannya, sehingga hujan menimpa (tubuhnya).” Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Kenapa engkau lakukan hal ini?” Baginda SAW menjawab: “Kerana ia adalah makhluk yang Allah SWT baru diciptakan.”

Imam An-Nawawi dalam syarahnya menghuraikan hadis ini mengatakan:

“Hadis ini bermaksud hujan adalah rahmat, ia merupakan ciptaan Allah SWT yang baru sahaja diciptakan, maka Nabi Muhammad SAW bertabarruk (mengambil berkat) dengannya. Hadis ini juga merupakan dalil kepada pendapat ulama mazhab Syafie bahawa digalakkan untuk membuka anggota (tubuh) yang bukan aurat pada awal turunnya hujan, agar air hujan terkena pada badannya.”

Diharapkan perkongsian doa ketika hujan yang disarankan oleh Rasulullah SAW ini bermanfaat untuk semua umat islam. Selain itu, terdapat lagi doa-doa ketika hujan yang dianjurkan oleh islam DISINI.

Di dalam setiap titisan hujan ada rahmat yang menyucikan bumi. Namun, jangan lupa untuk memohon perlindungan daripada musibah dan bahaya yang mungkin datang bersama.

Jadikan doa ketika hujan ini sebagai perisai agar hujan membawa kebaikan, dan bukanlah kemudaratan.

Selamat beramal!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More