Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Doa Masuk dan Keluar Tandas adalah doa yang patut kita amalkan apabila hendak masuk ke tandas, dan apabila keluar dari tandas.

 

 

Doa Masuk dan Keluar Tandas

 

Istinjak adalah merupakan penyucian seseorang daripada najis disebabkan oleh membuang air besar ataupun air kecil ( qada’ hajat), dengan cara membersihkan pada tempat terbitnya najis tersebut menggunakan air ataupun lain-lain benda yang dibolehkan. Yang diistinjak adalah sesuatu yang keluar daripada 2 jalan perlepasan iaitu qubul dan dubur. Hukum melakukan istinjak adalah wajib.

Selain beristinjak dan adab-adabnya, kita juga harus membaca doa sebelum memasuki tandas, dan ketika hendak keluar dari tandas. Di sini kami kongsikan doa masuk dan keluar tandas buat panduan semua.

 

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Doa Masuk Tandas

 

بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

 

Maksudnya:

DENGAN NAMA ALLAH, YA ALLAH AKU BERLINDUNG DENGANMU DARIPADA SYAITAN JANTAN DAN SYAITAN BETINA.

 

Doa Keluar Tandas

 

غُفْرَانَكَ الْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَذْهَبَ عَنّى اْلاَذَى وَعَافَانِىْ

 

Maksudnya:

DENGAN MENGHARAP AMPUNANMU, SEGALA PUJI MILIK ALLAH YANG TELAH MENGHILANGKAN KOTORAN DARI BADANKU.

 

 

 

Adab Qada’ Hajat Dan Istinjak

 

  1. Masuk tandas dengan kaki kiri dan membaca doa
  2. Berhati-hati dengan apa yang dibawa masuk ke tandas
  3. Qada’ hajatlah dalam keadaan duduk (bertinggung)
  4. Dilarang qada’ hajat di jalan yang dilalui oleh ramai orang atau tempat duduk dan berkumpul.
  5. Elakkan qada’ hajat dibawah pohon berbuah
  6. Menjaga aurat dan elakkan qada’ hajat di tempat terbuka
  7. Jangan menghadap atau membelakangi kiblat.
  8. Jangan Qada’ hajat di air yg tenang dan bertakung
  9. Jangan Qada’ hajat dalam lubang
  10. Tidak menjawab salam ketika membuang air.
  11. Dilarang bercakap.
  12. Dilarang beristinjak menggunakan tangan kanan.
  13. Mengurut kemaluan setelah membuang air dan berdehem.
  14. Menutup kepala.
  15. Memakai alas kaki.
  16. Tidak membawa sesuatu yang bertulis dengan nama Allah dan Rasul.
  17. Bersihkan tempat qada’ hajat
  18. Keluar tandas dengan kaki kanan
  19. Membaca doa keluar tandas.

 

 

ADAB BERDOA

 

Allah telah berjanji untuk memakbulkan doa hambaNya yang berdoa. Seperti firman Allah di dalam Al-Quran:

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Al Baqarah: 186

Terdapat beberapa adab serta peraturan yang sunnah untuk dilakukan apabila kita berdoa, demi mendapat kelebihan dan barakah daripada Allah SWT, serta dimakbulkan doa seperti contoh doa diilhamkan kecerdasan di atas. Berikut disertakan beberapa panduan mengikut Al-Quran dan sunnah:

  1. Sebaik-baiknya berwudhu’ Sebelum Berdoa
  2. Merapatkan kedua-dua belah tapak tangan dan mengangkatnya ke paras dada.
  3. Betulkan kedudukan dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar / bersandar.
  4. Mengarahkan badan menghadap kearah qiblat.
  5. Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  6. Berdoalah dengan penuh keyakinan dan bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
  7. Perbanyakkan memuji kebesaran allah dan menyebut nama-nama allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu.
  8. Berdoalah dengan suara yang lembut
  9. Mengulangi setiap pemohonan sebanyak tiga kali
  10. Berdoa Sambil Menangis
  11. Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
  12. Tidak tergesa-gesa dan tidak bosan untuk terus berdoa.
  13. Tidak berdoa untuk suatu dosa atau untuk memutus silaturahim.
  14. Berdoa dengan doa yang ma’tsur dan jawami’ al-du’a’ (doa-doa yang singkat dan padat namun menghimpun segenap kebaikan).
  15. Mendoakan diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.

 

Berdoa itu adalah ibadah, maka hendaklah seseorang Muslim itu memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa, supaya doa itu dimakbulkan. Sesiapa yang memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta. Namun bagi sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.

 

 

Penutup

 

Akhir kata, diharap perkongsian kami akan Doa Masuk dan Keluar Tandas ini dapat memberi sedikit panduan buat semua dalam adab-adab beristinjak, dan doa yang perlu diamalkan ketika hendak ke tandas. Semoga doa masuk dan keluar tandas ini memberi manfaat buat semua, dan dapat diamalkan. Moga semua pembaca dan pengikut Tcer.my berada dalam lindungan dan rahmat Allah sentiasa dan sihat sentiasa hendaknya.

Untuk lebih informasi terkini, sila klik pautan berikut: t.me/tcerdotmy

Nota: Gambar feature hasil oleh Hafidz Alifuddin dari laman web Pexels

 

Artikel berkaitan:

Doa Masuk dan Keluar Rumah

Doa Tidur (Hendak Tidur/Bangun Tidur)

Doa Dipermudahkan Segala Urusan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More