Sumber Rujukan Globalisasi Anda

DPP UKM 2025: Diploma Pendidikan Pascasiswazah Ambilan September

Berikut adalah info terkini mengenai permohonan DPP UKM 2025 bagi Ambilan September yang kini sedang dibuka.

Isi Kandungan

Permohonan DPP UKM 2025

Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) UKM Mod Cuti Sekolah dirangka secara sistematik bagi memenuhi perkhidmatan pendidikan berkualiti secara digital dan hibrid selari dengan permintaan pasaran pekerjaan khususnya dalam aliran sains sosial.

Kesinambungan itu, Koperasi Siswazah Bangi Berhad (KSBB) memulakan projek rintis dengan menawarkan program Diploma Pascasiswazah Pendidikan Eksekutif dengan kerjasama Fakulti Pendidikan UKM bersama Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Professional UKM (UKMSHAPE).

Pusat pengajian adalah di Kampus UKM Bangi Selangor.

Program DPP UKM Mod Cuti Sekolah atau sebelum ini dikenali sebagai Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) adalah kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun setengah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah.

Perubahan ini hanya pada nama sahaja dan tidak menjejaskan struktur pengajian atau kandungan program.

Antara keistimewaan program ini, jadual pembelajaran adalah mengikut masa yang fleksibel. Selain itu, peluang melanjutkan pendidikan bukan sahaja terhad kepada golongan pendidik malah kepada semua orang awam yang berminat untuk melanjutkan pengajian tanpa menganggu kerja hakiki masing-masing.

DPP UKM 2025: Diploma Pendidikan Pascasiswazah Ambilan September 1

Objektif Program

Antara objektif program ini adalah untuk:

  • Menawarkan program DPP UKM Mod Cuti Sekolah tanpa perlu memohon cuti pengajian dengan kos yang berpatutan.
  • Meningkatkan penguasaan pengetahuan asas dan kemahiran khusus yang relevan dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Meningkatkan kemampuan dan kebolehan penyelidikan berasaskan sekolah.
  • Melahirkan pendidik yang profesional, berkualiti dan berkompentensi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Kelebihan Program

Berikut merupakan beberapa kelebihan atau manfaat yang akan anda peroleh jika anda menyertai program ini, iaitu:

  1. Yuran Pengajian berpatutan.
  2. Dijalankan semasa cuti penggal persekolahan.
  3. Jangka masa pengajian selama 1 tahun 6 bulan (18bulan).
  4. Pensyarah berpengalaman dan berkelayakan tinggi.
  5. Pengiktirafan kelayakan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Yuran Pengajian

Yuran pengajian mengikut semester adalah seperti ketetapan berikut:

SemesterJumlah
1st SemesterRM 3,500.00
2nd SemesterRM 3,500.00
3rd SemesterRM 3,200.00

Yuran Keseluruhan pengajian adalah sebanyak RM 10,200.00.

Struktur pengajian adalah Kerja Kursus & Praktikum (Rujuk Jadual Kursus Mengikut Semester).

Syarat Kemasukan

Pemohon yang ingin membuat permohonan DPP UKM 2025 ini perlulah memenuhi syarat-syarat kemasukan seperti berikut:

  1. Tiada had umur permohonan.
  2. Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 2.50 bagi program Ijazah Sarjana Muda atau setara dengannya; atau
  3. Pemohon yang tidak mencapai PNGK 2.50 bagi program Ijazah Sarjana Muda atau setara dengannya boleh diterima masuk tertakluk kepada sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; dan
  4. Lulus temu duga di peringkat Fakulti Pendidikan UKM.
  5. Pemohon mestilah pemegang mana-mana Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya berstatus telah tamat belajar yang disahkan senat.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan DPP UKM 2025 Ambilan September kini dibuka sehingga 31 Julai 2025 dan permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang permohonan pada Google Form secara dalam talian (online) pada pautan berikut:

>>>Permohonan DPP Ambilan September 2025<<<

DPP UKM 2025: Diploma Pendidikan Pascasiswazah Ambilan September 2
DPP UKM 2025

Berikut disertakan tindakan yang perlu dilakukan oleh pemohon DPP UKM 2025 bagi Ambilan September ini, iaitu:

  1. Pemohon membuat permohonan DPP UKM melalui Google Form sehingga 31 Julai 2025.
  2. Pemohon mengisi maklumat melalui sistem bermula bulan Mei 2025 selepas semakan dokumen dibuat oleh urusetia.
  3. Urusetia akan mencipta ID akses sistem dan pemakluman akan dibuat kepada pemohon melalui e-mel masing-masing untuk tindakan selanjutnya.
  4. Keputusan permohonan akan dikeluarkan di sistem secara berperingkat.
  5. Pemohon wajib untuk menyertai Channel Khas bagi Ambilan September 2025 yang telah diberikan pada e-mel masing-masing.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai DPP UKM 2025 ini, sila rujuk media sosial rasmi Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan UKM Mod Cuti Sekolah dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan berkaitan Program DPP UKM (Mod Cuti Sekolah) Ambilan September 2025 ini, sila hubungi:

  • Cik Zuhayra: 011-60809134 
  • Cik Shahida: 011-33291320
  • Encik Rafi: 011-20510062
  • Puan Nabilah: 011-28032115
  • Puan Aimi: 011-61078434
  • Koperasi Siswazah Bangi Berhad: 018-2290929

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More