Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Dr Zulkifli Positif Covid 19

Dr Zulkifli Positif Covid 19, itulah berita sedih yang pastinya membuat seluruh umat islam berduka cita saat ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan dirinya kini menerima rawatan selepas disahkan positif Covid-19.

Isi Kandungan

Dr Zulkifli Positif

https://www.facebook.com/654227084641097/posts/3748485681881873/?extid=0&d=n

Beliau telah menaikkan status di Facebook pada beberapa jam yang lalu.

“Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Beliau juga menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di klinik kesihatan dengan segera.

“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada Covid-19. Insya-Allah,” katanya.

Beliau yang dijadualkan merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ar Rahnu YaPEIM di ibu negara hari ini juga tidak hadir pada program berkenaan.

Dr Zulkifli Positif Covid
Dr Zulkifli Positif Dr Zulkifli Positif Dr Zulkifli Positif Dr Zulkifli Positif

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, pada hari ini, seorang individu yang menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada 3 Oktober lalu disahkan positif jangkitan Covid-19. Beliau berkata, pada ketika itu, beliau tidak mengalami sebarang gejala jangkitan Covid-19.

“Oleh yang demikian, kini beliau dimasukkan ke hospital untuk pengasingan, pemerhatian dan rawatan mengikut protokol sedia ada bagi kes disahkan positif Covid-19.

“Pengesanan dan siasatan kontak kepada individu sedang dijalankan, termasuk saringan gejala dan pengambilan swab bagi pengesanan jangkitan Covid-19.

“Kontak rapat yang dikenal pasti diberikan Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan (kontak),” katanya.

Menurutnya, semua yang hadir ke mesyuarat itu sudah menjalani saringan kesihatan hari ini serta sampel diambil untuk ujian pengesanan jangkitan Covid-19.

“Mereka yang dikenal pasti kontak rapat semasa mesyuarat diberikan HSO selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober dan dipakaikan gelang pengawasan. Manakala ahli mesyuarat yang lain pula yang bukan kontak rapat dikehendaki memantau status kesihatan kendiri di rumah setiap hari selama 14 hari dengan menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera. “Mereka dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala semasa dalam tempoh pemantauan,” katanya.

KES TERBANYAK DALAM SEJARAH

Sebanyak 432 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, sekali gus menjadikannya angka paling tinggi pernah dicatat sejak wabak itu melanda Malaysia.

  1. Kedah dan Sabah terus mencacatkan kes baru terbanyak dengan masing-masing 231 dan 130 kes.
  2. Ini diikuti oleh Selangor (34), Kuala Lumpur (7) dan Terengganu (5).
  3. Kecuali Perlis dan Pulau Pinang, setiap negeri mencacatkan kes baru.
  4. Jumlah kes aktif semasa sebanyak 2,336 kes.

Perkara itu diumumkan Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

Berikut status terkini Covid-19 setakat hari ini:

Jumlah discaj baru: 57
Jumlah kumulatif discaj: 10340 (80.7%)
Jumlah kes baru: 432
Jumlah kumulatif: 12813
Jumlah kes aktif: 2336
Kes tempatan:429 (409 WN, 20 BWN)
Kes import: 3 (2 WN, 1 BWN)
Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 137 (1.07%)
Jumlah kes di ICU: 32
Pesakit intubated: 8

KKM ingin memohon orang ramai agar tidak khuatir dengan kejadian ini dan tidak membuat sebarang spekulasi. Orang ramai akan dimaklumkan mengenai status jangkitan Covid-19 di Malaysia dari semasa ke semasa secara kenyataan media rasmi KKM.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman sesawang KKM: http://covid-19.moh.gov.my.

sumber berita: Harian Metro

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More