Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2023

Draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2023 telah dikeluarkan sebagai panduan awal buat semua pelajar Tingkatan Lima (5) yang akan menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini.

Adakah anda calon Peperiksaan SPM 2023?

Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi Peperiksaan SPM pada tahun ini?

Jika anda sudah bersedia, pasti anda sudah tahu maklumat berkaitan Jadual Waktu Peperiksaan seperti tarikh dan waktu SPM, bukan?

Sekiranya belum, berikut dikongsikan Draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2023 yang telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM).

Buat makluman semua, Peperiksaan Bertulis SPM 2023 akan dilaksanakan pada tarikh yang sesuai ikutan perubahan takwim persekolahan tahun sebelum ini.

Tarikh Peperiksaan SPM 2023 (RASMI) pula diumumkan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian menerusi makluman Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Jadual lengkap akan dikongsikan selepas pengumuman rasmi dari pihak LPM.

Manakala, Draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2023 (RASMI) seperti yang telah dikeluarkan oleh LPM adalah seperti ketetapan berikut.

Isi Kandungan

Draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2023

  • Bagi tahun 2023, Lembaga Peperiksaan telah mengeluarkan draf jadual SPM yang boleh dirujuk pada pautan berikut:

>>>Draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2023<<<

  • Draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2023 merangkumi maklumat-maklumat penting peperiksaan termasuk
    • tarikh;
    • waktu;
    • kod kertas;
    • nama kertas; dan
    • maklumat peperiksaan yang akan dijalankan.
  • Draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2023 tersebut merangkumi maklumat yang lebih terperinci bagi
  1. Ujian Amali Sains SPM 2023
  2. Ujian Bertutur Bahasa Melayu SPM 2023
  3. Ujian Bertutur Bahasa Inggeris SPM 2023
  4. Ujian Mendengar Bahasa Melayu SPM 2023
  5. Ujian Mendengar Bahasa Inggeris SPM 2023
  6. Ujian Bertulis SPM 2023

Draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2023

Amaran Peperiksaan / Pentaksiran Kepada Calon

Calon yang akan menduduki peperiksaan di dewan / bilik peperiksaan dilarang:

  1. Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan / bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan.
  2. Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan / bilik peperiksaan.
  3. Mendedahkan kertas peperiksaan atau / dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
  4. Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan / bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan.
  5. Menukar kertas peperiksaan atau / dan jawapan peperiksaan dengan calon lain.
  6. Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan.
  7. Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
  8. Membuat rujukan di luar dewan / bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
  9. Membawa kertas / skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan / bilik peperiksaan.

Penutup

Semoga perkongsian maklumat berkaitan Draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2023 ini dapat memudahkan urusan anda yang akan menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia nanti dan memberi makluman awal kepada anda untuk membuat persediaan.

Selamat berjaya kepada semua calon dan semoga perkongsian ini bermanfaat!

Seterusnya, jika anda memerlukan lagi info-info berkaitan pendidikan atau informasi yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More