Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Official DSKP KSSR Semakan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5

DSKP KSSR Semakan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5 ini merupakan dokumen yang sangat penting dalam perancangan Pengajaran dan Pembelajaran.

Sebelum itu, jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

Isi Kandungan

DSKP Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digunakan mulai tahun 2021 pada peringkat sekolah rendah Tahun 5.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) merupakan mata pelajaran yang memberi penekanan kepada pembelajaran berdasarkan kemahiran asas pergerakan dan amalan gaya hidup sihat melalui domain psikomotor, kognitif dan afektif, kesihatan reproduktif dan sosial serta kesihatan mental. KSSR PJPK juga terdiri daripada Komponen Pendidikan Jasmani dan Komponen Pendidikan Kesihatan.

MATLAMAT

Official DSKP KSSR Semakan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5 1
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

KSSR PJPK bermatlamat untuk menghasilkan murid yang berpengetahuan, berkemahiran dan mempunyai nilai serta sikap positif bagi mengekalkan kecergasan fizikal dan kesihatan serta mengamalkan gaya hidup aktif ke arah kesejahteraan hidup.

OBJEKTIF

Official DSKP KSSR Semakan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5 2
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

1. Menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk mengekalkan serta meningkatkan perkembangan fizikal, kecergasan dan kesihatan diri.
2. Melakukan aktiviti dalam suasana yang menyeronokkan untuk meningkatkan kecergasan dan kesihatan diri.
3. Menguasai kecekapan pergerakan dalam pergerakan asas, permainan, sukan, pergerakan berirama dan aktiviti fizikal serta mengaplikasikan konsep pergerakan dan strategi semasa melakukan aktiviti bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan diri.
4. Meningkatkan kemahiran mengurus kesihatan reproduktif dan sosial, kesihatan mental serta amalan gaya hidup sihat.
5. Meningkatkan kemahiran komunikasi, menjalin hubungan positif dan menggunakan pemikiran kreatif dan kritis menerusi aktiviti fizikal dan kesihatan bagi membentuk jati diri.

MUAT TURUN DSKP

KLIK DI SINI

Sekian, semoga perkongsian daripada admin pada kali ini iaitu DSKP KSSR Semakan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5  memberikan informasi terkini kepada anda semua . Jom sertai kami DI SINI untuk mendapatkan bahan-bahan pendidikan dan informasi terkini lagi terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More