Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Dua lagi PKRC akan dibuka di Kelantan

KOTA BHARU: Kelantan mengenal pasti dua lagi lokasi untuk dibuka sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) baharu, berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan pandemik itu.

Pengarah PKRC negeri, Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, dua PKRC baharu  itu masing-masing terletak di Padang Perdana dan Dewan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan, Tanjung Chat di sini.

Menurut beliau, dua Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 tersebut dijangka mampu menempatkan hampir 1,000 pesakit Covid-19 tahap satu dan dua.

“Disebabkan beberapa kluster baharu  wujud di seluruh Kelantan, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 yang sedia ada hampir penuh dan kita terpaksa memikirkan untuk membuka beberapa Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 lagi.

“PKRC di Gelanggang Seni kini semakin ramai pesakit yang masuk ke situ selepas wujudnya Kluster Pauh Lima, Pulau Beluru dan Kampung Terusan,” katanya di sini hari ini.

Dua lagi PKRC akan dibuka di Kelantan 1

Dr. Mohd. Azman berkata, kebanyakkan pesakit yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 terdiri daripada pesakit Covid-19 tahap satu, dua dan tiga dari seluruh negeri.

“Di Kelantan amat sukar untuk mendapatkan dewan yang besar bagi mewujudkan PKRC.

“Bagi menampung pertambahan pesakit, kita akan menambah 30 lagi katil klinikal di Gelanggang Seni, memandangkan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sudah penuh dengan pesakit tahap tiga dan ke atas,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Mohd. Azman berkata, setiap Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 yang dibuka memerlukan perbelanjaan tinggi untuk beroperasi.

“Misalnya di Gelanggang Seni, kita memerlukan lebih RM200,000 untuk menyediakan 30 katil perubatan termasuk pembelian katil klinikal yang baharu, pendawaian, mesin, ubatan dan kemudahan lain,” katanya.

Tidak termasuk dua PKRC yang bakal dibuka tersebut, setakat ini sebanyak 10 PKRC sudah dibuka di seluruh Kelantan.

Sumber Utusan Malaysia

Artikel lain : SOP Terbaru: Tempoh masa pelanggan dalam pusat beli-belah dihadkan dua jam

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More