Sumber Rujukan Globalisasi Anda

DuitNow QR Code Akan Dicaj Bermula 1 November Ini

DuitNow QR Code Akan Dicaj Bermula 1 November dan makluman tersebut telah dikeluarkan oleh pihak Kerajaan.

Perkara ini merupakan perubahan penting dalam landskap perkhidmatan kewangan digital di Malaysia.

Pengenakan caj transaksi DuitNow QR yang telah disahkan oleh PayNet ini membawa beberapa manfaat kepada ekosistem kewangan Malaysia.

  • Pertama, ia boleh menjadi sumber pendapatan tambahan untuk bank dan entiti bukan bank yang menyediakan perkhidmatan DuitNow QR. Ini dapat menggalakkan pertumbuhan dan penyediaan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna.
  • Selain itu, ia juga boleh membantu mengurangkan penyalahgunaan perkhidmatan DuitNow QR. Dengan pengenakan caj, pengguna mungkin akan lebih berhati-hati semasa menjalankan transaksi, dan ini dapat mengurangkan kes penipuan atau aktiviti haram.

Namun begitu, pengenakan caj transaksi juga boleh mencetuskan beberapa masalah. Beberapa pengguna mungkin merasa terbeban dengan caj tambahan yang perlu dibayar semasa bertransaksi menggunakan DuitNow QR. Ini boleh menyebabkan penurunan penggunaan perkhidmatan ini, terutamanya oleh golongan yang kurang berkemampuan.

Justeru, peranan rakyat dalam perkara DuitNow QR Code Akan Dicaj Bermula 1 November ini adalah perlu memahami perubahan ini dan membuat penyesuaian yang sesuai dalam penggunaan DuitNow QR.

Isi Kandungan

DuitNow QR Code Akan Dicaj Bermula 1 November

Seperti yang kita ketahui sebelum ini, pembayar dengan QR Code tidak ada mengambil sebarang caj perkhidmatan melainkan hanya tranksaksi melibatkan satu bank ke satu bank yang lain dengan caj sebantak RM1 bagi satu tranksaksi. Oleh yang demikian Kerajaan perpaduan dibawah Datuk Seri Anwar Ibrahim, bakal melaksanakan DuitNow QR yang akan dicaj bermula pada bulan November ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah menegaskan bahawa apa-apa caj yang dikenakan bagi transaksi pembayaran DuitNow QR Code Akan Dicaj Bermula 1 November ini tidak akan memberikan kesan negatif kepada golongan berpendapatan rendah.

Beliau menjelaskan bahawa perkara berkaitan DuitNow QR Code Akan Dicaj Bermula 1 November ini telah dibincangkan dengan Gabenor Bank Negara (BNM), Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, 28 September baru-baru ini.

Gabenor telah memberikan penjelasan bahawa langkah ini tidak akan memberi beban tambahan kepada golongan berpendapatan rendah. Anwar menjelaskan perkara ini semasa berucap pada Pameran Postnormal Times di Kl Jazz & Art, di Wisma YPR, hari ini.

Beliau juga memberikan pandangan bahawa keputusan untuk mengenakan caj atau tidak bagi penggunaan platform DuitNow QR bergantung kepada BNM, yang mempunyai tanggungjawab terhadap perkara tersebut. Beliau menyerahkan keputusan ini kepada BNM, dan sekali lagi menekankan bahawa golongan pendapatan rendah tidak akan terjejas oleh langkah ini.

DuitNow QR Code Akan Dicaj Bermula 1 November

Kelebihan Penggunaan DuitNow QR

DuitNow QR adalah satu perkhidmatan yang membolehkan pemindahan wang antara bank dan entiti bukan bank menerusi imbasan kod. Kelebihan utama DuitNow QR adalah kemudahannya.

Peniaga dan pengguna hanya perlu menggunakan aplikasi atau peranti mudah alih untuk menjalankan transaksi wang secara pantas dan selamat.

Sebelum ini, tiada caj transaksi dikenakan untuk pemindahan wang bawah RM5,000, menjadikan DuitNow QR pilihan yang sangat popular.

Pada masa kini, jika seseorang mengunjungi restoran atau perniagaan yang hanya menerima pembayaran melalui satu jenis e-Dompet, maka tidak akan memungkinkan untuk melakukan pembayaran menggunakan e-Dompet lainnya. Ini kerana perniagaan tersebut hanya menyokong satu jenis pembayaran sahaja.

Sebagai penyelesaian bagi masalah pelbagai e-Dompet yang ada, PayNet bekerjasama dengan MOF Inc’s Cyberview Sdn Bhd telah memperkenalkan inisiatif pembayaran tanpa tunai tambahan yang dikenali sebagai DuitNow QR.

DuitNow QR memungkinkan pengguna untuk melakukan pembayaran antara bank-bank atau e-Dompet yang berbeza yang menyokong ciri ini melalui Interoperable Credit Transfer Framework (ICTF).

Caj Transaksi DuitNow QR 

Berikutan dengan perkara DuitNow QR Code Akan Dicaj Bermula 1 November ini, caj transaksi bagi DuitNow QR berkemungkinan adalah seperti ketetapan berikut:

  • Caj transaksi adalah 0.25% daripada jumlah transaksi jika dibuat daripada akaun semasa atau simpanan, manakala 0.50% dikenakan untuk pemindahan menerusi kad kredit.
  • Caj transaksi akan ditolak daripada akaun semasa atau simpanan setiap 5 hari bulan, bergantung kepada mod pemindahan wang.
  • Pengguna mungkin perlu membayar caj tambahan semasa bertransaksi, tetapi ini juga boleh membantu mengurangkan penyalahgunaan perkhidmatan DuitNow QR dan menyokong pertumbuhan industri kewangan digital.
  • Pengenakan caj transaksi DuitNow QR akan merangkumi semua aplikasi DuitNow QR yang digunakan untuk pemindahan wang antara bank dan entiti bukan bank. Ini termasuk aplikasi seperti Boost, Grabpay, Setel, dan Touch ‘n Go.
  • Pengguna boleh mengelakkan caj tambahan dengan memastikan mereka melakukan pemindahan wang menggunakan akaun semasa atau simpanan, bukan kad kredit. Dengan cara ini, mereka akan dikenakan caj sebanyak 0.25% sahaja.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan DuitNow QR Code Akan Dicaj Bermula 1 November ini, anda boleh ikuti perkembangan lanjut daripada PayNet dari semasa ke semasa.

Diharapkan info tentang DuitNow QR Code Akan Dicaj Bermula 1 November ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More