Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023

e-Tunai Belia Rahmah 2023 ialah sejenis bantuan dan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan. Kini pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Ia termasuklah kepada usaha berkaitan rumah tangga, keluarga, warga emas atau pun bujang.

  • Melalui Belanjawan 2023, Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan dana untuk membantu golongan belia mengikut kategori dengan melaksanakan bantuan kredit e-Tunai Belia Rahmah.
  • Kerajaan memperuntukkan RM400 juta dan akan memanfaatkan kepada lebih 2 juta belia melalui inisiatif Belia Rahmah ini.

Dengan bantuan ini, Kerajaan mengharapkan ianya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban belia yang memerlukan dalam menghadapi kemelesetan ekonomi yang semakin teruk ketika ini.

Isi Kandungan

Inisiatif e-Tunai Belia Rahmah 2023

Inisiatif e-Tunai Belia Rahmah 2023 ini selain membantu meringankan beban kos sara hidup belia, pemberian ini juga akan menggalakkan penggunaan e-Tunai untuk menjalankan transaksi pembelian.

Ini adalah salah satu inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Belanjawan 2023 yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM388.1 bilion.

Inisiatif tersebut melibatkan 4 penyedia perkhidmatan e-Tunai iaitu:

  • Touch n Go eWallet
  • GrabPay
  • Shopee Pay
  • BigPay

Inisiatif e-Tunai ini juga telah dijalankan sebelum ini pada setiap tahun khusus kepada golongan belia.

Dalam Belanjawan 2022 sebagai contoh, Kerajaan sebelum ini juga telah mengumumkan pelaksanaan ePemula kepada belia yang berusia 18 hingga 20 tahun yang layak.

e-Tunai Belia Rahmah 2023

Syarat Kelayakan Permohonan

Untuk memohon bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023 ini, berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang diperlukan:

  1. Kumpulan belia yang berumur 18 hingga 20 tahun.
  2. Masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Kadar Bantuan

  • Bantuan e-Tunai telah dinaikkan daripada RM150 kepada RM200.
  • Justeru, kadar bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023 ini ialah sebanyak RM 200 bagi setiap belia yang berumur 18 hingga 20 tahun.
  • Ianya memberi sedikit pengharapan buat Kerajaan untuk meneruskan bantuan ini kerana untuk mencapai matlamat rakyat Malaysia boleh melakukan transaksi tanpa tunai.

Cara Mendaftar

Untuk membuat pendaftaran bagi mendapatkan e-Tunai Belia Rahmah 2023 ini, pihak Kementerian Kewangan akan memaklumkan langkah-langkah untuk mendaftar dalam masa terdekat.

SUMBER YOUTUBE: Buletin TV3

Maklumat Lanjut

Untuk info lebih lanjut berkenaan Belanjawan 2023, anda boleh melayari Portal Rasmi Kementerian Kewangan supaya anda mendapatkan info yang sahih dan tepat. Selain itu, pelancar carian bagi membantu anda untuk mengetahui bantuan Belanjawan 2023 yang bersesuaian dan menghubungkan anda ke agensi berkenaan bagi permohonan bantuan Belanjawan 2023 telah diperkenalkan dan anda boleh TEKAN DISINI.

Sebarang info lanjut dari Kerajaan sama-sama kita nantikan dan kami akan memberikan anda info penting dari masa ke semasa.

Maklumat lanjut mengenai inisiatif lain di dalam Belanjawan 2023, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/.

Adakah e-Tunai Belia Rahmah 2023 Ini Membantu Anda Sebagai Rakyat Malaysia?

e-Tunai Belia Rahmah 2023 merupakan sejenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan kepada golongan belia yang memerlukan bagi membantu mereka mendapatkan bantuan kewangan khususnya untuk melangsungkan kehidupan. Justeru, semestinyalah ini adalah salah satu inisiatif terbaik oleh Kerajaan dalam membantu anda. Jika anda memerlukan info-info berkaitan bantuan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More