Elaun Sara Hidup Nelayan 2025: Bantuan Tunai RM300 Sebulan

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Elaun Sara Hidup Nelayan 2025 yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu nelayan-nelayan yang memerlukan.
Isi Kandungan
Apa Itu Elaun Sara Hidup Nelayan 2025?
Elaun Sara Hidup Nelayan 2025 ialah bantuan tunai yang disediakan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di bawah Belanjawan 2025.
Terdapat dua (2) jenis Elaun Sara Hidup Nelayan 2025, iaitu:
- Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND)
- Elaun Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN)
Elaun Sara Hidup Nelayan Laut (ESHN) adalah bantuan secara bulanan yang diberikan kepada pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen.
Bantuan ini bertujuan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup.


Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat-syarat kelayakan untuk menerima bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan 2025 ini adalah seperti berikut:
- Memiliki MyKad (Biru).
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan.
- Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa.
- Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia; atau memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah.
- Status pengambilan minyak yang aktif.
- Didaftarkan sebagai pekerja vesel (awak-awak) oleh pemilik vesel individu dan syarikat.
Nelayan yang layak dipertimbangkan untuk menerima bayaran adalah terdiri daripada tiga (3) kategori seperti berikut:
- Pemilik vesel perikanan zon A.
- Pemilik vesel transformasi zon A yang berstatus syarikat.
- Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi zon A, B, C dan C2 bertaraf warganegara Malaysia.
Cara Membuat Permohonan
Permohonan baru Elaun Sara Hidup Nelayan 2025 boleh dibuat melalui sistem e-Pengisytiharan LKIM di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
- Kad pengenalan.
- Borang permohonan yang lengkap diisi.
- Salinan MyKad pemilik vesel dan pekerja.
- Salinan lesen vesel perikanan yang sah dan lesen perkakasan menangkap ikan (jika berkaitan) yang masih sah berkuatkuasa.
- Borang daftar pekerja vesel (awak-awak) yang disahkan oleh pemilik.
- Salinan Kad Nelayan pemilik dan pekerja yang masih sah berkuatkuasa.
- Salinan buku akaun simpanan (Agrobank / BSN / CIMB / Maybank).
- Gambar pemohon berukuran passport (terkini).
- Lain-lain dokumen sokongan (jika berkaitan).
Kadar & Kaedah Pembayaran
Kadar bantuan ESHN yang diberikan adalah sebanyak RM300 sebulan kepada penerima yang layak.
Pembayaran akan dibuat secara tunai oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Negeri melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan bayaran terus ke akaun penerima melalui bank yang telah ditetapkan iaitu sama ada Agrobank / BSN / CIMB / Maybank.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Elaun Sara Hidup Nelayan 2025 ini, anda boleh terus hubungi pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di talian 03 – 8064 9000.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!




