Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Elaun Sara Hidup Nelayan RM250 Hingga RM300 Sebulan

Elaun Sara Hidup Nelayan adalah sejenis bantuan kewangan yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu nelayan-nelayan yang memerlukan.

Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan diperingkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Isi Kandungan

Elaun Sara Hidup Nelayan

Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) adalah bantuan secara bulanan yang diberikan kepada pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen.

Ini bertujuan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup.

Elaun Sara Hidup Nelayan

Syarat Kelayakan Permohonan Elaun Sara Hidup Nelayan

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan:

  1. Warganegara Malaysia (Mykad Biru)
  2. Mendapat pengesahan daripada Pengerusi JKKK, JPKK, JPKKP, MPKK, JKOA atau ketua badan-badan komuniti nelayan kawasan yang ditubuhkan dibawah penyeliaan jabatan perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.
  3. Ketua isi rumah atau salah seorang daripada ahli keluarga yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan
  4. Nelayan darat tulen

Definisi Nelayan Darat Tulen

Berikut merupakan deifinisi nelayan darat tulen:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan terlinat dalam penangkapan ikan di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum)
  2. Menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari setiap bulan
  3. Sekurang-kurangnya 75% jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan ikan
  4. Tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap
  5. Bebas daripada aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing dari AADK
  6. Tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif
  7. Mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan jabatan perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah

Kadar Elaun Sara Hidup Nelayan

  • Kadar bantuan ESHN yang diberikan adalah sebanyak RM250 hingga RM300 sebulan kepada penerima yang layak.

Cara Memohon Elaun Sara Hidup Nelayan

Permohonan boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran dengan membawa dokumen berkaitan seperti:

  1. Salinan MyKad
  2. Salinan lesen perkakas atau vesel menangkap ikan yang masih sah berkuatkuasa bagi nelayan yang telah memiliki lesen
  3. Salinan borang pendaftaran dan pengesan nelayan darat
  4. Salinan buku akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut
  5. Gambar pemohon
  6. Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Elaun Sara Hidup Nelayan ini, anda boleh melayari Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia dan semoga perkongsian tentang Elaun Sara Hidup Nelayan ini dapat membantu meringankan beban rakyat yang sedang bersusah payah meneruskan kehidupan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More