Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Bantuan Endowment Fund Sarawak RM1000

Endowment Fund Sarawak RM1000 adalah merupakan simpanan khas untuk anak kelahiran Sarawak yang dikenali sebagai Sarawak Endowment Fund (EFS).

Kerajaan negeri Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti telah mewujudkan dana bantuan RM1000 untuk kanak-kanak yang dilahirkan sejak pada tahun 2019.

Bantuan Anak RM1000 ini bertujuan membantu anak-anak Sarawak membuat persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, memulakan kerjaya atau menjadikan modal perniagaan kecil.

Isi Kandungan

Endowment Fund Sarawak RM1000

Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak dengan menyediakan geran RM1000 dalam bentuk simpanan amanah bagi kelahiran setiap anak Sarawak mulai tahun 2019, tanpa mengira bangsa, agama atau status sosioekonomi.

Endowment Fund Sarawak RM1000

Syarat Kelayakan Permohonan Endowment Fund Sarawak RM1000

EFS ini akan memfokuskan kepada:

  • Warganegara Malaysia
  • Lahir di Sarawak atau di luar Sarawak
  • Kedua-dua atau salah seorang ibubapa pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus “K”
  • Pendaftaran semasa kelahiran

Untuk kategori anak angkat, syarat-syarat permohonan adalah:

  • Kedua-dua atau salah seorang ibubapa angkat pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus “K”
  • Mempunyai sijil pengangkatan anak yang sah

Untuk kes kematian sebelum mencapai umur 18 tahun pula, syarat-syarat permohonan adalah:

  • Waris boleh menuntut dengan mengemukakan sijil kematian asal ke Bank Islam

Cara Memohon Endowment Fund Sarawak RM1000

Permohonan boleh dibuat di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak dengan membawa:

  1. Salinan MyKAD/Biometrik Ibu atau Bapa berstatus “K” (**Salinan mesti disahkan oleh pegawai JPN)
  2. Salinan sijil kelahiran bayi
  3. Borang Permohonan EFS

Kaedah Pendaftaran Endowment Fund Sarawak RM1000

  • Daftar dan serah borang permohonan EFS di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak
  • JPN akan menghantar borang permohonan tersebut ke Bank Islam (setiap 2 minggu)
  • Bank Islam akan memproses permohonan
  • Bank Islam akan menghantar pemakluman (tuntut sijil asal)
  • Jumlah bantuan yang diberikan dalam bentuk simpanan sebanyak RM1000

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai Endowment Fund Sarawak RM1000 ini, anda boleh layari website rasmi di iSarawakCare atau hubungi talian hotline KPWKK 082-442050 dan semoga perkongsian tentang bantuan ini dapat membantu anda yang memerlukan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More