Sumber Rujukan Globalisasi Anda

ePrestasi KPM: Pelaksanaan PBPPP 2021 Untuk Warga KPM

ePrestasi KPM ialah sistem yang teratur yang diperkenalkan pada 2016 oleh kementerian pendidikan untuk menilai prestasi para guru dalam mendidik para pelajar. Dalam sistem ini akan ada modul yang akan membimbing para guru untuk mengisi maklumat mereka. Sistem ini dilihat sebagai ukuran untuk menentukan kompetensi sebagai seorang guru. Berdasarkan sistem ini terdapat garis panduan yang harus dicapai untuk membuktikan keberkesanan pengajaran guru. Sistem ini dilihat penting kerana tugas seorang guru itu penting dalam mendidik genetasi pada masa hadapan.

Sebenarnya sistem penilaian guru sudah lama dipantau namun bukan lah secara peribadi dan menyeluruh. Hanya sekadar memberi laporan kepada pengetua dan juga mesyuarat akan dilakukan sekiranya guru gagal dalam menghasilkan keputusan peperiksaan yang cemerlang buat pelajar. Cara ini kurang berkesan kerana laporan akan dilupakan setelah setahun berlalu. Hubungan prestasi guru hanya dinilai oleh pengetua sekolah. Namun tidak lagi dengan adanya sistem ini. Rekodnya mampu tersimpan untuk jangka masa yang panjang. Ikuti perkongsian cara mengisi ePestasi KPM bagi memudahkan urusan para guru.

Cara Mengisi ePrestasi KPM

Kali ini kami kongsikan cara-cara mengisi ePestasi KPM bagi memudahkan para guru mengakses sistem ini. Jom ikuti langkah-langkah dan cara untuk mengisi dalam laman sesawang ini.

  1. Pertama anda haruslah masuk ke laman web ini dan anda akan lihat seperti yang dipaparkan dibawah.
  2. Seperti biasa anda hendaklah masukkan ID pengguna dan password.
  3. Sila pilih bahagian yang ada inginkan.

Mudah bukan? Ya, hanya dengan 3 langkah ini sahaja anda akan dapat melihat modul-modul yang disediakan dan anda boleh ikut panduan untuk mengisi seperti yang tersedia. Selesai sahaja guru memasukkan maklumat yang diperlukan untuk menentukan prestasi mereka, akan ada pegawai penilai yang akan menyemak data guru ini.

eprestasi KPM
Laman sesawang ePrestasi KPM

Tahu Lebih Lanjut Tentang ePrestasi KPM

Prestasi para guru akan dipantau oleh pegawai pendidikan yang berkelayakan untuk menentukan sama ada guru ini berkelayakan untuk mengajar atau tidak. Kepada guru yang rendah nilai prestasinya akan diberi latihan bagi membantu meningkatkan pencapaian.

Laman sesawang dan Fakta Tentang ePrestasi KPM

Disini kami kongsikan Laman sesawang ePrestasi KPM adalah seperti dibawah :

Kami juga kongsikan fakta yang boleh kita dapati dari sistem ePrestasi ini supaya anda lebih jelas mengenai hal ini ialah:

  • Dilaksanakan pada tahun 2016
  • Sama seperti KPI yang dilaksanakan oleh pekerja kerajaan dan swasta
  • Sistem yang teratur para guru dinilai dari penggal ke penggal tahun.
  • Dinilai oleh pegawai yang dilantik
  • Terdapat modul yang tersususun bagi memudahkan guru mengakses laman ini
  • Sangat memudahkan para guru memantau prestasi anak murid mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang ePrestasi KPM, sila layari https://eprestasi.moe.gov.my/manual.html

Kenapa Sistem Ini Diperkenalkan?

Sistem ini diwujudkan untuk menilai prestasi guru. Jika pekerja di sektor kerajaan dan swasta dinilai melalui KPI berdasarkan kebolehan mereka melaksanakan sesebuah tugas begitu juga dengan guru. Tanggungjawab seseorang guru itu sangat besar kerana masa depan generasi masa depan bergantung kepada usaha mereka dalam mendidik para pelajar. Sistem penilaian ini sebenarnya bukan bertujuan menyusahkan namun memberi semangat kepada para guru dalam mendidik para pelajar. Melalui sistem ini para guru boleh mengemaskini maklumat mereka, tahap pencapaian anak murid mereka dan juga usaha mereka dalam memajukan pencapaian anak murid mereka. Semuanya dinilai mengikut tahap pencapaian ank murid mereka setiap penggal melalui ujian yang dilakukan setiap penggal.

Selain itu, ini merupakan sebuah sistem yang ditubuhkan oleh jabatan pendidikan untuk memantau perkembangan para guru dan juga murid yang mereka pantau. Ini merupakan salah satu pendekatan menyeluruh bagi menjaga hal ehwal pelajar. Sistem ini juga membantu merancang strategi buat guru bagi memantapkan lagi prestasi pelajar mereka. Para guru boleh merekodkan faktor kelemahan dan cara untuk membantu pelajar mereka sama ada dari segi seminar atau seminar secara berperingkat. Tambahan pula sistem ini boleh mencatat tahap penilaian tertinggi para guru dan memberi semangat buat guru bagi terus mendidik anak murid mereka.

Fahamkah Anda Tentang Sistem Ini?

Sistem ini sangat mudah difahami dan dilaksanakan kerana ianya sangat teratur dan memudahkan para guru untuk lebih alert dengan perkembangan anak murid mereka. Peranan seorang guru itu sangat penting dalam membentuk modal insan. Sistem ini dipantau oleh pegawai penilai dan mereka akan merancang apa yang patut dilakukan jika pelajar di bawah guru yang dinilai tidak mencapai tahap yang diinginkan. Semoga anda jelas mengenai sistem yang ditubuhkan. Buat para guru, tingkatkan usaha untuk memastikan pencapaian anda dalam keadaan baik. Terdapat pelbagai sistem yang diwujudkan oleh jabatan pendidikan untuk memberi yang terbaik untuk para pelajar. Antaranya berkenaan dengan cara semak keputusan peperiksaan secara online, SAPS anda boleh ikuti perkongsian ini untuk menyemak.

Adakah anda sudah biasa menggunakan sistem ePrestasi KPM dalam melaksanaan PBPPP di sekolah? Jika ya, kongsikan pandangan anda berkenaan sistem penilaian ini mengenai keberkesanan dan praktikalnya dalam perkhodmatan anda sebagai guru.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More