Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Fail Meja Guru Matapelajaran

Fail Meja Guru Matapelajaran ini bertujuan untuk memberi rujukan serta idea khususnya buat para guru sekolah.

Cerita Fail Meja ini bermula pada tahun 1991 dengan adanya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 8 Tahun 1991 : Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.

Fail Meja adalah himpunan prosedur kerja bagi melaksanakan satu-satu tugasan mengikut jawatan. Objektif diwujudkan Fail Meja adalah untuk membantu pegawai/staf menjalankan tugasan dengan lancar dan cekap. Ia juga dapat memudah dan mempercepatkan proses pembelajaran dan penyesuaian kerja bagi orang baru. Fail Meja menjadi dokumen rujukan utama pegawai/staf dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama. Oleh itu, setiap jawatan mempunyai satu (1) Fail Meja yang tersendiri.

Dapatkan “Fail Meja Guru Matapelajaran” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA :

Semoga memberi  manfaat.

 

Guru Cemerlang(pengajaran)

Apakah yang Dimaksudkan Dengan ‘Guru Cemerlang’?

Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dan sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan bertanggungjawab khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Di samping berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) dan membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Selain itu, guru cemerlang adalah guru yang menguasai dan menghayati sepenuhnya kandungan mata pelajaran kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenalpasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Ciri-ciri Guru Cemerlang dalam Pengajaran :

  • Peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar
  • Mempunyai kepakaran dan menguasai kandungan mata pelajaran yang diajarnya
  • memiliki kemahiran berkomunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi dan forum.
  • Bijak menguruskan masa, bahan sumber pengajaran dan alat pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri Guru Tidak Cemerlang dalam Pengajaran :

  • Tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran yang diajar.
  • Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang membosankan.
  • Menyebabkan pelajar sukar memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru.
  • Kelihatan tidak proaktif, berwawasan dan berinovasi dalam menjalankan tugas sebagai pendidik.

Dalam aspek perancangan, guru yang cemerlang boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan.

Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan. Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

Penutup

Akhir kata, teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Fail Meja Guru Matapelajaran ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Takwim Aktiviti Sekolah 2021

Buku Pengurusan PPKI 2021

Koleksi Fail Rekod Pengajaran Dan Pemudahcaraan 2021

 

Comments are closed.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More