Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Takwim Aktiviti Sekolah 2021

Takwim Aktiviti Sekolah 2021 ini telah dikeluarkan dan dimuat naik oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Takwim tersebut menyatakan tarikh mula dan akhir persekolahan setiap penggal, tarikh perayaan dan tarikh cuti sekolah, jumlah hari persekolahan dan jumlah hari cuti sekolah bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tarikh-tarikh ini penting buat pihak sekolah dan para guru dalam merancang aktiviti murid semasa penggal persekolahan. Bagi ibu bapa pula, takwim ini akan dapat membantu mereka merancang jadual tuisyen, percutian bersama anak-anak, kenduri serta aktiviti balik kampung semasa cuti persekolahan. Dengan kemudahan takwim tersebut, bolehlah ibu bapa, guru serta para pelajar merancang aktiviti atau program yang bakal dilakukan dengan baik.

 

Isi Kandungan

Dapatkan “Takwim Aktiviti Sekolah 2021” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA :

Semoga memberi manfaat.

 

Aktiviti Menarik Semasa Cuti Persekolahan

Dengan berpandukan takwim aktiviti sekolah 2021 ini, diharap para ibu bapa dapat merancang aktiviti musim cuti persekolahan dengan sebaiknya. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan adalah seperti :

1) Kem motivasi

Kem Motivasi sememangnya antara program cuti sekolah yang paling banyak diadakan. Kem Motivasi yang diadakan ini terdapat dalam banyak kategori. Ada yang menumpukan kepada pembinaan sahsiah diri, kepimpinan, akademik dan pelbagai lagi. Pilihlah Kem Motivasi daripada penganjur yang dikenali dan dijamin keberkesanan programnya supaya anda juga berpuas hati dengan hasilnya nanti.

2) Kem ibadah

Ini juga merupakan kem yang baik untuk adik-adik. Kem Ibadah selalunya akan dipenuhi dengan aktiviti dan program yang berkaitan dengan hal-hal ibadat seperti teknik solat yang betul, memperbaiki bacaan al-Quran dan aktiviti pemantapan iman. Malahan kini juga ada kursus pendek cuti sekolah bagi melatih adik-adik untuk mempelajari teknik menghafal al-Quraan. Mudah-mudahan perkara asas agama ini dapat membimbing adik-adik melayari kehidupan ini ke jalan yang benar.

3) Klinik sukan

Bagi adik-adik yang meminati sukan pula serta berhajat untuk meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi, saya cadangkan mengikuti Klinik Sukan. Klinik sukan memang banyak diadakan pada musim cuti sekolah, terutamanya bagi sukan-sukan popular seperti bola sepak, futsal, tenis, badminton, renang dan golf. Bagi yang berkemampuan, bolehlah melantik jurulatih peribadi bagi sukan kegemaran anak masing-masing.

4) Kursus pendek bahasa

Ini juga merupakan kursus yang bagus untuk adik-adik. Mempelajari bahasa tambahan dapat memberi kelebihan buat anda. Bagi yang lemah menggunakan Bahasa Inggeris, boleh ambil kursus Bahasa Inggeris yang banyak diadakan. Antara bahasa asing lain yang dicadangkan adalah Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Jepun dan lain-lain bahasa utama dunia.

5) Kemahiran bertukang

Kemahiran bertukang juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Adik-adik boleh mulakan dengan menghasilkan bahan-bahan mudah yang berguna seperti rak buku dan alat tulis. Kemudiannya dengan pengawasan daripada ibu bapa, adik-adik boleh mula menghasilkan bahan yang lebih besar, seperti bangku, reban ayam dan sangkar burung.

6) Kraf dan anyaman

Bagi adik-adik yang suka dengan kerja tangan, bolehlah mencuba menghasilkan kraf atau pun menganyam. Kraf yang dihasilkan boleh terdiri daripada bahan kertas, plastik, besi dan juga bahan buangan. Boleh rujuk di dalam internet dan bahan bacaan bagaimana menghasilkan bahan kraf yang kreatif dan cantik.

7) Belajar alat muzik

Mempelajari penggunaan alat muzik juga merupakan aktiviti yang menyeronokkan. Tambahan pula jika adik-adik merupakan penggemar muzik. Mula lah belajar dengan menggunakan teknik asas terlebih dahulu. Jika berminat, adik-adik boleh teruskan ke tahap yang lebih tinggi. Alat muzik yang dicadangkan adalah gitar, piano, biola dan seruling.

8) Belajar berenang

Bagi yang masih belum boleh berenang, aktiviti ini adalah amat digalakkan. Tempoh sebulan sudah cukup untuk menjadikan adik-adik seorang perenang yang baik. Tak rugi jika sekiranya mempelajari kemahiran berenang. Malah jika berminat selepas ini, adik-adik boleh menjadikannya aktiviti riadah yang rutin.

9) Melancong

Bagi adik-adik dari keluarga yang berkemampuan, keluarlah pergi bercuti dengan keluarga. Aktiviti ini memang sangat menyeronokkan dan juga dapat membuka minda. Selain daripada mengeratkan hubungan kekeluargaan, aktiviti ini juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman. Antara pilihan yang baik untuk melancong adalah tempat-tempat bersejarah, tempat menarik, taman tema, pusat pelancongan dan tempat yang belum dilawati.

10) Sukan Ekstrem

Ada juga dalam kalangan adik-adik yang meminati sukan ekstrem. Jadi apa kata gunakan masa cuti sekolah ini untuk mengasah lagi bakat dalam sukan ini. Adik-adik boleh dapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam bidang berkenaan. Tapi ingat! Utamakan keselamatan anda sepanjang menyertai aktiviti lasak ini dengan memakai peralatan dan pakaian yang sesuai.

11) Bekerja sambilan

Ini juga merupakan aktiviti yang menarik dilakukan semasa cuti sekolah. Bagi yang berminat mencari duit poket, inilah masa yang paling sesuai. Pastikan kerja yang dilakukan adalah selamat dan tidak menyalahi undang-undang. Ada kerja sambilan yang boleh dijalankan dari rumah dan ada juga yang di luar. Dapatkan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu. Jika niat dan tujuan betul, insha-Allah ibu bapa tak akan keberatan untuk membenarkan adik-adik bekerja sambilan semasa cuti sekolah ini.

12) Membantu datuk dan nenek di kampung

Aktiviti menyeronokkan ini lebih bersifat kekeluargaan, namun ada banyak kebaikan dan manfaatnya. Bagi yang masih mempunyai datuk dan nenek di kampung, ini adalah masa terbaik bagi membolehkan adik-adik mempunyai pengalaman hidup yang berbeza. Cara hidup dan didikan di kampung dah tentu jauh beza dengan kehidupan bersama ibu bapa di bandar. Banyak yang akan diperolehi, terutamanya hal-hal dalam melayani orang tua.

13) Menolong ibu bapa di rumah

Adik-adik yang hanya berada di rumah, boleh juga membantu ibu bapa ketika mereka keluar bekerja. Banyak kerja rumah yang boleh dilakukan seperti mencuci pakaian, menyapu sampah, memasak, melipat pakaian dan lain-lain lagi. Sekurang-kurangnya kehadiran adik-adik di rumah sepanjang cuti dapatlah juga membantu meringankan beban dan tanggungjawab ibu bapa. Masa untuk berbakti.

14) Melakukan kerja amal

Selain daripada membantu ibu bapa, adik-adik juga boleh melakukan kerja amal. Tak perlu memikirkan dan menggerakkan satu kerja amal yang baru. Cukup lah sekadar mencurahkan bakti kepada badan amal kebajikan yang adik tahu. Ajak juga rakan-rakan bagi memeriahkan lagi aktiviti. Banyak kerja amal yang boleh dilakukan seperti membersihkan kawasan masjid dan kawasan perkuburan. Sertai juga badan kebajikan yang membantu memberi makanan kepada gelandangan. Rumah orang tua juga menarik untuk dijadikan tempat untuk kerja amal.

Manfaatkan cuti sekolah sebaiknya dengan sasaran mempunyai sekurang-kurangnya satu nilai tambah baru kepada adik-adik tahun hadapan. Kepada ibu bapa juga, tak perlu manjakan anak pada musim cuti sekolah dengan hanya membiarkan mereka menonton tv, bermain games dan melayari internet sepanjang masa. Cubalah salah satu daripada aktiviti di atas, insha-Allah anda dan anak akan perolehi sesuatu yang bermakna cuti sekolah ini. Semoga dengan takwim aktiviti sekolah 2021 ini ibu bapa dapat merancang dengan sebaiknya.

Penutup

Akhir kata, teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Takwim Aktiviti Sekolah 2021 ini membantu anda. Terima kasih.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Koleksi Fail Rekod Pengajaran dan Pemudahcaraan 2021

Divider Rancangan Pengajaran Harian Hari Kelepasan Am Persekutuan 2021

Cara Semak Markah Prestasi di HRMIS

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More