Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Fail Meja Guru Perpustakaan dan Media

Fail Meja Guru Perpustakaan dan Media ini bertujuan untuk memberi rujukan serta idea khususnya buat para guru sekolah.

Cerita Fail Meja ini bermula pada tahun 1991 dengan adanya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 8 Tahun 1991 : Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.

Fail Meja adalah himpunan prosedur kerja bagi melaksanakan satu-satu tugasan mengikut jawatan. Objektif diwujudkan Fail Meja adalah untuk membantu pegawai/staf menjalankan tugasan dengan lancar dan cekap. Ia juga dapat memudah dan mempercepatkan proses pembelajaran dan penyesuaian kerja bagi orang baru. Fail Meja menjadi dokumen rujukan utama pegawai/staf dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama. Oleh itu, setiap jawatan mempunyai satu (1) Fail Meja yang tersendiri.

Isi Kandungan

Dapatkan “Fail Meja Guru Perpustakaan dan Media” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA :

Semoga memberi manfaat.

 

Guru Perpustakaan dan Media

Apakah yang dimaksudkan dengan Guru Perpustakaan dan Media (GPM)?

Dalam usaha untuk memantapkan dan memajukan lagi sistem pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan pelbagai program berkaitan Pusat Sumber Sekolah. Sehubungan itu, setiap sekolah telah diperuntukkan seorang Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (Penyelaras Pusat Sumber Sekolah) sepenuh masa. Pelantikan ini diharap dapat membantu meningkatkan keupayaan pengurusan dan kepimpinan pengurusan pusat sumber sekolah yang lebih cemerlang dan berkesan.

Apakah kriteria pelantikan GPM?

GPM yang dilantik perlu memenuhi kriteria berikut:

  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Telah mengajar sekurang-kurangnya tiga tahun
  • Mempunyai sijil, diploma atau ijazah dalam Sains Perpustakaan / Sains Pengurusan Maklumat / Teknologi Pendidikan, ATAU
  • Menghadiri Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah dalam masa setahun selepas lantikan

Apakah peranan GPM?

GPM berperanan penting menyokong visi dan misi sekolah, membangunkan PSS dan menilai keberkesanan PSS. Beliau juga perlu bekerjasama dengan pentadbir dan guru untuk merancang pelan pembangunan PSS dan menyokong pelaksanaan kurikulum. GPM perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyediakan maklumat dan berkebolehan menyelesaikan masalah. Beliau perlu mengetuai program, aktiviti dan kempen galakan membaca dan galak guna PSS.

GPM juga perlu mempunyai kepakaran dalam menggunakan pelbagai jenis sumber bercetak, bukan cetak dan digital. Beliau perlu menyedia dan menguruskan semua dokumen dan rekod berkaitan perolehan, pendokumentasian dan perkhidmatan perpustakaan.

Apakah bentuk kerjasama yang boleh dijalin antara GPM dan guru?

Kerjasama antara GPM dan guru adalah amat penting untuk memastikan perkhidmatan PSS yang maksimum. GPM dan guru perlu bekerjasama untuk mencapai aspek-aspek berikut:

  • Membangun, mengurus, melaksana, dan menilai pembelajaran murid merentas kurikulum
  • Membangun dan menilai kemahiran maklumat
  • Membina rancangan pengajaran harian
  • Menyedia dan melaksanakan kerja kursus atau pembelajaran berasaskan projek
  • Menyedia dan melaksanakan program membaca
  • Mengintegrasi teknologi maklumat dan komunikasi dalam kurikulum
  • Menerangkan kepentingan PSS dan pembacaan kepada ibu bapa

Apakah kemahiran yang perlu ada pada GPM?

Kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh GPM  adalah seperti berikut:

  • Berkomunikasi secara positif
  • Memahami keperluan pengguna
  • Bekerjasama dengan pelbagai pihak
  • Mempunyai pengetahuan berkaitan kepelbagaian budaya
  • Mempunyai pengetahuan berkaitan metodologi pembelajaran dan teori pendidikan
  • Mempunyai pengetahuan berkaitan kemahiran dan penggunaan maklumat
  • Mempunyai pengetahuan berkaitan koleksi bahan PSS dan cara mengaksesnya
  • Mempunyai pengetahuan berkaitan kesusasteraan kanak-kanak, media dan budaya
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan dan pemasaran
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Fail Meja Guru Perpustakaan dan Media ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Takwim Aktiviti Sekolah 2021

Buku Pengurusan PPKI 2021

Koleksi Fail Rekod Pengajaran Dan Pemudahcaraan 2021

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More