Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Fail Meja PK HEM

Fail Meja PK HEM ini bertujuan untuk memberi rujukan serta idea khususnya buat para guru sekolah.

Cerita Fail Meja ini bermula pada tahun 1991 dengan adanya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bilangan 8 Tahun 1991 : Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja.

Fail Meja adalah himpunan prosedur kerja bagi melaksanakan satu-satu tugasan mengikut jawatan. Objektif diwujudkan Fail Meja adalah untuk membantu pegawai/staf menjalankan tugasan dengan lancar dan cekap. Ia juga dapat memudah dan mempercepatkan proses pembelajaran dan penyesuaian kerja bagi orang baru. Fail Meja menjadi dokumen rujukan utama pegawai/staf dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama. Oleh itu, setiap jawatan mempunyai satu (1) Fail Meja yang tersendiri.

Isi Kandungan

Dapatkan “Fail Meja PK HEM” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA :

Semoga memberi manfaat.

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS : 

GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (PK HEM)

 

  1. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

  • Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran yang ditetapkan untuk 12 hingga 17 waktu seminggu. (Pekeliling Pentadbiran Bil 3/67 pindaan 1982)
  • Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntutan Sukatan Pelajaran.
  • Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
  1. Pentadbiran

  • Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan yang lain.
  • Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
  • Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
  • Membantu dalam urusan sebut harga/tender makanan asrama sekolah.
  • Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah dan kokurikulum diadakan.
  • Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama.
  • Penasihat Lembaga Pengawas Asrama.
  1. Hal Ehwal Murid

  • Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran hal ehwal murid.
  • Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sidang petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sidang petang.
  • Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal ehwal murid.
  • Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Murid.
  • Mengurus kemasukan kedatangan harian murid sidang pagi.
  • Mengurus kemasukan penempatan dan pertukaran murid.
  • Mengurus surat akuan sijil-sijil murid, surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil berhenti sekolah.
  • Menyemak buku/kad kemajuan murid dan jadual markah.
  • Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.
  • Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
  • Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes yang melanggar tatatertib dan salah laku.
  • Menyelaras dan meyediakan rekos disiplin dan laporan murid.
  • Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
  • Merancang, menyelaras dan menyediakan pelaksanaan serta laporan program bimbingan dan kaunseling.
  • Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.
  • Menguruskan aktiviti dan kemudahan kesihatan dan kebersihan murid dengan sempurna seperti menguruskan kad 001/002 PKS1/PKS 2 dan Kad Tenaga Asas.
  • Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.
  • Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan, Projek Susu dan lain-lain rancangan bantuan kebajikan murid.
  • Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan.
  • Menyelaras hal-hal belanjawan, pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira buku Skim Pinjaman Buku Teks.
  • Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik Buku Bantuan.
  • Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.
  • Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.
  • Menyelaras ha-hal pembelajaran dan menentukan langkahlangkah keselamatan asrama.
  • Menyelaras penyeliaan kebersihan dan kesihatan penghuni asrama dan mewujudkan keceriaan asrama.
  • Menyelaras penyeliaan hal makan dan dapur.
  1. Ko-Kurikulum & Tugas-Tugas Lain

  • Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh guru besar dari masa ke semasa.
  • Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Fail Meja PK HEM ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Takwim Aktiviti Sekolah 2021

Buku Pengurusan PPKI 2021

Koleksi Fail Rekod Pengajaran Dan Pemudahcaraan 2021

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More