Bahan Pendidikan Untuk Semua

Fakta Menarik Mengenai Tembok Besar China

Tembok Besar China seperti yang kita semua tahu ia merupakan salah satu daripada 7 keajaiban dunia.

Ia merupakan binaan terpanjang yang pernah dibuat oleh manusia yang terdiri daripada gabungan dari tembok-tembok pendek yang dibina di sepanjang pergunungan utara China.

 

Berikut disenaraikan 11 Fakta Menarik Mengenai Tembok Besar China :-

 

 #1 –Himpunan tembok-tembok yang berasingan

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Tembok Besar China bukanlah satu tembok yang panjang  dibina sekaligus.  Ia adalah gabungan dari tembok-tembok pada zaman kuno dan pemerintahan Maharaja sejauh 20,000 kilometer di bahagian utara China.

 

#2 – Beras pulut antara bahan binaan

Antara bahan binaan yang digunakan untuk membina Tembok Besar China selain daripada tanah dan batu, menariknya beras pulut juga digunakan untuk mengukuhkan lagi binaan tembok yang dibina.

Kajian mendapati isi kandungan beras pulut yang melekit menguatkan lagi teori ia membantu mengukuhkan binaan Tembok Besar China.

 

#3 – Tempoh Pembinaan lebih 1,800 tahun

Sejak kurun ke-8, halangan telah dibina untuk menghalang orang nomad daripada merampas harta dan tempat tinggal orang China

Ini menunjukkan Tembok Besar China bukanlah tembok pertama yang digunakan untuk menghalang daripada penjajah asing masuk ke wilayah China.

Pada 221 sebelum Masihi, setelah Qin Shi Huang menjadi Maharaja, beliau memulakan pembinaan dinding sejauh 5,000 kilometer untuk melindungi wilayah pemerintahannya.

Bermula daripada binaan itu, dinasti seterusnya menyambung kerja-kerja pembinaan Tembok Besar China.

Walaupun pembinaan bermula di bawah pemerintahan Dinasti Qin, bahagian yang kita lihat hari ini adalah hasil kerja Dinasti Ming yang dibina antara abad ke 14 hingga abad ke 17.

 

#4 – Dibina oleh penjenayah

Semasa pemerintahan Dinasti Qin, pembinaan dan tugas lain adalah melibatkan penjenayah.

Bagi membezakan antara penjenayah dan pekerja biasa, rambut para penjenayah dicukur, muka mereka dihitamkan dan dirantai.

Penjenayah tersebut terdiri daripada penjenayah yang mengelak daripada membayar cukai sehinggalah para pembunuh.

 

 #5 – Upacara memperingati mereka yang mati

Kerja-kerja pembinaan Tembok Besar China sangat berbahaya dan dianggarkan seramai 400,000 pekerja telah mati semasa pembinaan Tembok Besar China.

Ahli keluarga yang telah kehilangan ahli keluarga ketika pembinaan mengadakan upacara membawa ayam ke sana.  Ia menjadi kepercayaan mereka untuk membantu roh yang terperangkap untuk pergi daripada situ kerana dikhuatiri roh kesayangan mereka terperangkap di binaan itu.

 

#6 – Ramalan Shijing benar

Shijing merupakan sajak kuno yang ditulis antara abad ke 7 dan 11 sebelum Masihi.  Di dalam sajak tersebut meramalkan ada Maharaja yang akan membina sebuah tembok besar untuk melindungi negara daripada penjajah dan ia terbukti dengan pembinaan Tembok Besar China .

 

#7 – Tembok Besar China gagal menghalang penjajah

Sebenarnya Tembok Besar China gagal menghalang penjajahan orang Manchu pada abad ke-17 walaupun usaha yang sangat jitu dalam membina tembok bagi menghalang penjajah dan ia mengakibatkan kejatuhan Dinasti Ming.

 

#8 – Bahan binaan dicuri

Pada abad ke-20, akibat tercetusnya Revolusi Kebudayaan, kerajaan China telah menyebabkan kerosakan teruk pada Tembok Besar China.

Di antara tahun 1966 hingga 1876, Mao Ze Dong telah memberi arahan untuk mengambil batu bata Tembok Besar China untuk membina rumah orang awam.  Beliau berpendapat tembok tersebut hanyalah binaan lama dan sudah tidak diperlukan lagi. 

 

#9 – Bahagian baru Tembok Besar China ditemui

Walaupun terdapat bahagian yang telah musnah, bahagian baru Tembok Besar China masih lagi ditemui.  Bahagian baru yang ditemui paling akhir adalah pada tahun 2012.

 

 #10 – 1/3 daripada Tembok Besar China sudah tiada

Sejauh 21,000 kilometer Tembok Besar China telah tiada dan musnah .

 

#11 – Tembok Besar China akan kehilangan lagi bahagian

Kajian menjangkakan sebelum tahun 2040 terdapat bahagian-bahagian penting Tembok Besar China akan musnah disebabkan oleh suhu dan cuaca.   Dijangkakan bahagian di Gansu adalah berisiko untuk musnah.

 

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More