Sumber Rujukan Globalisasi Anda

FAKTA TENTANG GERAK MALAYSIA

Gerak Malaysia : Perintah kawalan pergerakan bakal memasuki fasa yang ke 4, kerajaan telah memberi sedikit kelonggaran pada pelajar IPT yang ingin pulang ke rumah dan kepada mereka yang terkandas di kampung yang ingin pulang ke kediaman masing-masing. Kebenaran ini hanya diberi kepada mereka yang terkandas di kampung dan ingin pulang ke bandar sahaja.

Jika dari bandar ingin pulang ke kampung tidak dibenarkan. ini juga tertakluk kepada syarat yang di tetapkan kerajaan. Perjalanan juga hanya dibenarkan satu kali sahaja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, mereka yang layak boleh membuat permohonan secara atas talian sebagai susulan kebenaran pergerakan pulang dari kampung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 Mei ini.

“Melalui aplikasi ini, kod QR unik yang dijana akan diimbas dan diperiksa oleh anggota bertugas di mana-mana sekatan jalan raya (SJR), sekaligus memudahkan pergerakan pemohon.

“Perlu diingatkan permohonan permit pergerakan ini bagi mereka yang sebelum ini terkandas di kampung halaman, sebaik sahaja PKP diumumkan pada 18 Mac lalu dan ingin pulang ke kediaman sendiri atau tempat bekerja,” katanya dalam satu kenyataan tengah malam tadi.

Isi Kandungan

Gerak Malaysia

Huzir berkata, pengguna juga perlu memberi kebenaran kepada aplikasi ini untuk mengakses lokasi GPS, bagi mengesahkan lokasi semasa pemohon seterusnya meluluskan permit pergerakan.

Permohonan melalui aplikasi ini juga dapat membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenalpasti jumlah mereka yang bakal terbabit dan menyediakan jadual perjalanan bagi memastikan kelancaran operasi.

Untuk mereka yang mahu membuat permohonan, anda hanya perlu mendaftar di aplikasi GERAK MALAYSIA bermula 26 april 2020. Cara untuk anda mohon boleh rujuk di sini.

Bagi mereka yang tiada kemudahan untuk digunakan mengakses aplikasi tersebut boleh membuat permohonan bertulis untuk mendapatkan kebenaran perjalanan di balai polis berdekatan, tetapi haruslah membuat temu janji dahulu agar tidak berlaku kesesakan. Bagaimanapun, keutamaan perjalanan akan diberikan kepada pemohon aplikasi Gerak Malaysia. Pengguna jalan raya juga diminta merancang perjalanan mengikut syarat ditetapkan.

Berikut merupakan fakta yang anda perlu tahu tentang perjalanan rentas negeri nanti.

  1. TIADA kemudahan makanan disediakan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
  2. Surau DITUTUP dan sebarang aktiviti solat berjemaah di R&R tidak dibenarkan, termasuk dalam mana-mana bangunan, kawasan lapang, kawasan parkir letak kenderaan dan lain-lain.
  3. Hanya fasiliti TANDAS AWAM sahaja dibuka.
  4. Kawasan parkir untuk REHAT sahaja dan pengguna lebuh raya tidak dibenar keluar kenderaan sepanjang tempoh rehat kecuali ke tandas awam.
  5. Stesen minyak hanya beroperasi antara jam 6 PAGI hingga 12 TENGAH MALAM sepanjang lebuh raya.
  6. Aktiviti secara berkumpulan sepanjang tempoh perjalanan adalah DILARANG.

Huzir berkata, akan mengadakan sidang media pada 29 April nanti mengenai pergerakan mengikut negeri bagi memastikan kelancaran perjalanan.

Mereka yang sudah memohon hendaklah mengemaskini permohonan pada tarikh dibenarkan berlepas supaya kod QR dapat dijana secara automatik.

Bagi memudahkan pergerakan pemohon, PDRM sudah menetapkan jadual perjalanan.

1 Mei 2020 – Perak, Johor, Kelantan

2 Mei 2020 – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang

3 Mei 2020 – Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu

Perjalanan perlu dilakukan pada hari ditetapkan mengikut permit pergerakan yang diluluskan.

Rabu lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membenarkan orang ramai yang terkandas di kampung untuk pulang ke kediaman dengan syarat mendaftarkan kepulangan menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau balai polis berdekatan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More