Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Farit Ismeth Emir Meninggal Dunia Jam 11 Pagi Tadi

 “Saya dimaklumkan, ayah pergi dengan cukup tenang.”

Itu reaksi DJ Fuzz, anak penyampai berita terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir yang meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya, kira-kira jam 11 pagi tadi, tanpa ditemani ahli keluarga.

Farit Ismeth Emir

Akur dengan ketetapan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), DJ Fuzz dan ahli keluarga bagaimanapun sempat bertemu kali terakhir dengan Allahyarham, apabila diminta datang ke hospital, semalam.

“Selepas mendapati keadaan bapa semakin kritikal, doktor memberi keizinan kepada kami untuk melawatnya di hospital, semalam.

Farit Ismeth Emir
Farit Ismeth Emir

“Keadaan ayah agak membimbangkan tetapi dia masih mengenali kami adik- beradik dan boleh bersembang.

“Itulah kali terakhir kami berjumpa dengannya. Saya dimaklumkan, arwah pergi dengan cukup tenang,” katanya kepada BH Online.

Kira-kira jam 11 pagi tadi, dunia penyiaran dikejutkan dengan berita pemergian Farit akibat kanser pada usia 65 tahun.

Khabar duka itu bukan sahaja memberi kesan kepada anggota keluarga, malah mereka yang membesar dan menonton aksi arwah melontarkan kata-kata hikmat, setiap kali mengakhiri tugasan.

DJ Fuzz yang juga deejay dan komposer hip hop terkenal, mengaku keadaan terkini kesihatan bapa hanya diketahui beberapa minggu lalu.

“Perkara ini berlaku dengan begitu cepat. Tiba-tiba kami sekeluarga  dimaklumkan penyakit kanser yang menyerang ayah sudah berada pada tahap empat dan merebak ke organ dalaman.

“Situasi ini berlaku ketika kita baru menjalani PKP. Arwah kemudian mendapat rawatan di Hospital Assunta, Petaling Jaya sehingga disahkan meninggal kira-kira jam 11 pagi tadi,” katanya.

Fuzz atau nama sebenar, Farzwa De-Attaher Emir berkata, berikutan pelaksanaan PKP, mereka tidak berpeluang menziarahi arwah di hospital.

Farit Ismeth Emir Meninggal Dunia Jam 11 Pagi Tadi 1
Farit Ismeth Emir

“Kami hanya berbual menerusi panggilan video. Dalam perbualan itu, saya banyak memberi kata-kata semangat dan mendoakan ayah segera sembuh,” katanya.

Fuzz berkata, jenazah bapanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Medan, PJS 4, Petaling Jaya, selepas Zohor.

“Alhamdulillah, proses pengebumian lancar dan mematuhi arahan yang ditetapkan iaitu membabitkan 10 orang sahaja yang menguruskannya,” katanya.

 

KUALA LUMPUR: Pembaca berita terkenal Radio Televisyen Malaysia (RTM), Farit Ismeth Emir meninggal dunia, hari ini.

Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di Shah Alam, Selangor, pada usia 65 tahun.

Perkara itu disahkan Amiera Ayuhada, iaitu pengurus kepada anak lelaki Allahyarham iaitu deejay dan dan komposer lagu hip-hop terkenal, DJ Fuzz.

“Fuzz ada menghantar mesej kepada saya sebanyak dua kali. Kali pertama kira-kira jam 9 pagi untuk memaklumkan keadaan arwah bapanya.

“Kira-kira jam 12 tengah hari, dia memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia.

“Saya cuba hubungi Fuzz untuk mendapatkan butiran lanjut, namun, gagal. Mungkin dia sibuk menguruskan jenazah,” katanya kepada BH Online.

Memetik laporan portal rasmi Berita RTM iaitu berita.rtm.gov.my, Allahyarham banyak menyumbang suara emas sebagai penyampai berita di Jabatan Penyiaran Malaysia, RTM, lebih 30 tahun lalu.

Allahyarham yang berasal dari Teluk Intan, Perak, pernah bekerja dalam bidang perhotelan sebelum menyertai dunia penyiaran pada 1980-an.

Farit yang turut dikenali dengan panggilan mesra Pak Ngah pernah menyumbangkan suara dalam iklan rokok Dunhill di mana frasa ‘gaya, mutu dan keunggulan’ amat popular dan menjadi sebutan ramai.

Allahyarham yang menjadi antara penyampai Berita Perdana, Global dan Dunia, sering memberi kata-kata hikmat sebagai penutup tugasan.

BH Online masih berusaha menghubungi ahli keluarga bagi mendapatkan butiran lanjut pemergian personaliti televisyen (TV) itu.

Sumber : BHonline

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More