Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Fizi Sakitkan Hati Upin Ipin 2020

Upin Ipin merupakan siri animasi popular di Malaysia dan Indonesia. Siri animasi ini memang digemari bukan saja oleh  kanak-kanak, malah yang dewasa macam penulis ni pun gemar juga menonton siri Upin Ipin ni.

Siapa tidak mengenali watak Upin Ipin ni, si kembar yatim piatu yang tinggal bersama opah dan kak Ros.

Menerusi video yang tular itu, kedengaran Mail sedang memberitahu sahabat mereka itu yang dia kena membantu ibunya membuat kerja-kerja persiapan menyambut hari raya. Kemudian Upin atau Ipin membalas kagum dengan sahabat mereka itu dengan memuji Mail anak mithali.

Kisah Pengembaraan Upin Ipin

Fizi Sakitkan Hati Upin Ipin 2020 1

Mail pula menyahut mestilah syurgakan di bawah telapak kaki ibu dan disahut oleh si kembar ini jika tiada ibu bagaimana pula? Fizi menyampuk, “tak adalah syurga, itu pun tak tau”.

Fizi Sakitkan Hati Upin Ipin 2020 2

Jawapan Fizi itu membuatkan Upin dan Ipin tersentak sayu. Memang ‘salah bual’ betul budak bernama Fizi ini. Tak pasal-pasal nama Fizi dari Upin & Ipin ini trending di Twitter gara-gara dialog tersebut.

Perkongsian babak pendek mengenai Fizi dari Upin & Ipin ini telah meraih lebih 3 juta tontonan dan 30,400 retweets serta 33,200 likes.

Rata-rata netizen turut sama tidak bersetuju dengan dialog Fizi ini yang agak kasar gurauannya kepada Upin dan Ipin.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More