Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja!

Ramai orang tidak tahu bahawa mereka boleh Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja. Baca artikel ini untuk ketahui cara-caranya!

Melihatkan kepada keadaan zaman sekarang yang menuntut pelajar untuk belajar secara atas talian, bekerja di rumah dan berniaga online, pelbagai platform telah diperkenalkan bagi memudahkan segala urusan mereka. Disebabkan perkara ini, mereka perlu untuk mencari banyak ilmu yang baharu bagi meningkatkan prestasi mereka supaya tidak ketinggalan.

 Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 1

Baru-baru ini, banyak pelajar yang membuat status Whattsapp, video Tiktok mahupun story di Instagram berkaitan Free Access Canva Pro khusus untuk tujuan pembelajaran. Mesti adakalanya tuan-tuan dan puan-puan melayari internet dan akan terjumpa beberapa poster,gambar mahupun video yang menarik. Ketika itu anda mesti tertanya-tanya, bagaimanakah mereka membuat rekaan grafik yang sebegitu cantik?

Jawapannya adalah penggunaan Canva dan juga beberapa aplikasi yang lain. Baiklah, anda sangat beruntung kali ini kerana akan saya ceritakan kepada anda semua berkaitan aplikasi kegemaran ramai iaitu Canva ini.

  • Sesiapa sahaja bebas menggunakan Canva ini (Log in menggunakan Google Account atau Facebook.)
  • Fungsi berbezai antara pengguna Canva biasa dan Canva Pro (secara berbayar.)
  • Hampir sama seperti aplikasi yang lain seperti Netflix, game atas talian dan lain-lain. Untuk menggunakan feature secara menyeluruh, langganan secara bulanan adalah diperlukan.
  • JANGAN RISAU kerana meskipun pengguna Canva biasa, masih terdapat banyak design dan option yang menarik.

Dari tadi cerita pasal Canva, Free Access Canva Pro dan Canva biasa. Apa sebenarnya Canva ini? Mari saya ceritakan. Teruskan pembacaan anda!

Isi Kandungan

Apa Itu Canva?

Secara umumnya, Canva merupakan salah satu  platform kepada sesiapa sahaja untuk mereka grafik secara percuma sama ada dalam bentuk video mahu pun gambar.

Sedikit latar belakang berkaitan platform ini, Canva di katakan pertama kalinya dijumpai di Perth, Australia oleh Melanie Perkins, Cliff Obrecht and Cameron Adams pada tarikh 1 Januari 2012. Canva ini sangatlah menarik kerana pengguna boleh memilih untuk menggunakannya dengan telefon pintar(ipad dan seumpamanya) atau laptop(komputer dan seumpamanya).

Akan tetapi, penggunaan Canva untuk membuat sebarang reka grafik amatlah disarankan menggunakan laptop atau komputer kerana screen yang lebih luas dan mudah. Lebih-lebih lagi, apabila menggunakan free access canva pro, anda akan mendapat hasil yang lebih baik.

Masalah Yang Sering Dihadapi

JENIS KELOMPOK

MASALAH

Peniaga sambilan/sepenuh masa

§  Tiada idea untuk banner dan logo kedai/produk

Guru-guru tadika/sekolah rendah/sekolah menengah/pensyarah

§  Nak buat slide powerpoint yang menarik minat anak murid, tetapi tidak kreatif?

Seorang Youtuber

§  Tiada idea untuk konten video

Pelajar lepasan SPM/Diploma/Degree

§  Buat resume/ mindmap/poster tetapi tidak kreatif

Ini merupakan antara perkara yang selalu terjadi dalam kalangan kita. Jadi inilah antara fungsi kita menggunakan Canva. Sebelum saya meneruskan perkongsian, ingin saya tekankan bahawa, untuk mendapatkan Free Access Canva Pro secara percuma dengan 1 email mempunyai syarat-syaratnya yang tertentu, iaitu:

  1. Dikhususkan kepada pelajar dan guru sahaja
  2. Mempunyai akaun e-mail sah. Contohnya:
    • ****@http://live.iium.edu.my
    • ****@http://banting.km.edu.my
    • ****@student.uitm.edu.my
    • ****@moe-dl.edu.my

Ini kerana Free Access Canva Pro adalah khusus untuk tujuan pengajian dan pendidikan semata-mata.

Kegunaan Canva(Termasuk Free Access Canva Pro)

  • Membina dekorasi banner atau logo untuk kedai/produk anda.

Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 2

  • Membuat slide yang menarik dan kreatif.

Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 3

 

  • Membuat poster/jadual kelas/mindmap

Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 4

  • Video

Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 5

  • Resume/report

 

Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 6

Aplikasi Lain Yang Mempunyai Fungsi Serupa

*Tujuan Edit Gambar*

  • PicsArt
  • Lightroom
  • Iblis Paint
  • Photoshop

*Tujuan Edit Video*

  • Capcut
  • VN Video Editor
  • Kine Master
  • Adobe Premiere

Akan tetapi, dalam banyak-banyak aplikasi yang saya sebutkan, pendapat saya gunakanlah Canva kerana hanya satu platform, banyak jenis reka grafik yang dapat anda lakukan. Bahkan terdapat banyak sangat template yang boleh dijadikan panduan untuk mendapatkan idea. Jangan terkejut kalau suatu hari nanti hasil edit anda amatlah cantik.

Cara Dapatkan Free Access Canva Pro

Jadi, kita dah tahu apa itu Canva, apa fungsi canva dan juga beberapa aplikasi lain yang turut mempunyai fungsi yang hampir serupa dengan Canva. Jadi, mari saya ceritakan agenda utama kita iaitu cara-cara yang perlu diikuti untuk mendapatkan Free Acces Canva Pro ini dalam beberapa minit sahaja. Tak percaya? Jom kita buktikan.

*NOTIS:Sebelum mengikuti langkah ini, pastikan email anda sudah pun disahkan. Untuk mengetahui bagaimana caranya untuk mengesahkan e-mail pelajar anda, bolehlah menghubungi pihak yang berkaitan seperti guru sekolah mahupun pensyarah. Caranya mungkin berlainan bagi lain-lain sekolah dan institusi pengajian.

1. Langkah yang pertama, layari laman web rasmi Canva Education. (Boleh click tulisan berwarna)

Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 7

2. Di bahagian atas kanan, tekan option Sign Up. Dan anda akan diminta untuk mengisi email student(****@edu.my). Sesudah memasukkan e-mail, tekan Sign Up with email. Sekiranya anda sudah menggunakan google akaun dengan email student, anda boleh menekan Sign Up with Google.

 Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 8    Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 9

3. Masukkan kata laluan yang anda inginkan, tekan “Get Started, It’s Free” dan kemudiannya kod pengesahan akan dihantar ke akaun gmail student anda yang diletakkan sebentar tadi. Buka e-mail itu, dapatkan kod dan isikan di ruangan kotak. Anda perlu segera kerana terdapat limit masa bagi kod itu untuk disahkan.

Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 10   Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 11

4. Pilih kategori anda(Student/Teacher/Personal), tickkan tahap pengajian anda terkini, dan boleh skip gambar ketiga untuk menambah rakan. Setelah itu, anda boleh mencari jenis design atau template yang anda mahukan(Presentation, Poster, Video, dll).

Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 12     Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 13

Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 14     Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 15

5. Paparan screen anda anda jadi seperti ini. Anda boleh mulakan mereka grafik mengikut kreativiti atau berdasarkan template yang diberi. Jikalau anda perasan, di bahagian kanan atas sekali akan ada simbol “Mahkota Kuning” Try Canva Pro.

Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 16

6. Buka New Tab dan taip Canva Education Sign Up. Paparan anda akan naik sebegini, tekan button “Sign Up”. Secara automatik anda akan melihat screen anda naik notis sebegini. Maksudnya, anda sudah pun officially mendapatkan Free Acces Canva Pro. Buktinya, lihat di belah atas kanan screen anda, “Mahkota Kuning” sudah pun tiada. Feel free to use them!

Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 17     Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 18

Dapatkan Free Access Canva Pro Dengan Hanya Menggunakan 1 Email Sahaja! 19

Kebaikan Dapatkan Free Access Canva Pro

  • Membolehkan access lebih jutaan gambar premium
  • Menggunakan premium fonts, graphics, animations dan video secara percuma
  • Remove background sesuatu gambar dengan hanya satu click
  • Download video/poster/gambar dan dll tanpa berbayar
  • Tambahkan bitmoji dan gifs untuk cantikkan hasil kerja anda

PENUTUP

Haa jadi, macam mana tuan-tuan dan puan-puan sekalian? Jikalau anda mahu menggunakan Free Acces Canva Pro ini, pandai-pandailah menggunakan email anak-anak anda dengan alasan ingin belajar. Mudah-mudahan anak-anak anda dan diri masing-masing beroleh pelbagai manfaat dan ilmu baharu.

Anggaplah free access canva pro ini sebagai antara salah satu kemudahan yang diberikan untuk memudahkan proses pembelajaran anak-anak anda. Moga-moga perkongsian pada kali ini bermanfaat untuk anda.

-Stay Safe & Stay at Home-

Dapatkan juga informasi berkaitan:

  1. 7 Easy Step Gunakan Feature Share Screen Di Telegram Sendiri

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More