Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jadual Bulanan Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2024

Berikut kami kongsikan dengan lebih lanjut berkaitan tarikh pembayaran Gaji Penjawat Awam 2024 untuk makluman semua penjawat awam di luar sana.

Isi Kandungan

Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) berkaitan Tarikh Dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024 ini telah dikeluarkan dan bertujuan untuk memaklumkan dan memberi panduan kepada Kementerian / Jabatan berkaitan:

  • Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024; dan
  • Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian / Jabatan bagi memastikan tatacara pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.

Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2024 telah ditetapkan selaras dengan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat Kementerian Kewangan Malaysia rujukan BKSK(S) 600-1/7/6 Jld.4(12) bertarikh 1 November 2023: Penetapan Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2024.

Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ)

  1. Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) yang diterima daripada Pusat Pembayar Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
  2. Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan dikemaskini dan diproses secara berasingan (Late Cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut.
  3. Menyemak maklumat dalam laporan Fail Induk Gaji sebaik sahaja ePenyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu.

Tanggungjawab Pejabat Perakaunan

  1. Menetapkan tarikh pemprosesan larian emolumen bulanan untuk dipatuhi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ).
  2. Memastikan semua pembayaran emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer dan sebarang pembayaran melalui Arahan Pembayaran boleh dibenarkan bagi kes-kes tertentu dengan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri / Cawangan.
  3. Selaras dengan AP105(a) yang berkuat kuasa, pembayaran emolumen bagi bulan Februari, Mei, Julai dan Ogos 2024 akan dibuat pada hari Jumaat. Sehubungan itu, Pejabat Perakaunan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor hendaklah memantau pengurusan bayaran emolumen pada hari berkenaan.

Tanggungjawap Penjawat Awam

Penjawat Awam (pemilik akaun) hendaklah merujuk kepada bank masing-masing sekiranya terdapat sekatan ke atas pembayaran emolumen di akaun bank pegawai yang mempunyai pembiayaan pinjaman dari bank berkenaan yang mana sekatan adalah tertakluk kepada terma perjanjian yang telah dimerterai di antara pegawai dan bank tersebut.

Pembayaran Emolumen Bagi Pekerja Bergaji Hari

Bayaran hendaklah diproses bermula pada 1 haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya dan tarikh pembayaran emolumen adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.

Jadual Bulanan Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2024 1
Gaji Penjawat Awam 2024

Jadual Bayaran Gaji Penjawat Awam 2024

Menurut Jabatan Akauntan Negara Malaysia, tarikh pembayaran gaji penjawat awam bulanan bagi tahun 2024 adalah seperti ketetapan jadual berikut:

BulanTarikhHariCatatan
Januari24 Januari 2024RabuHari Thaipusam (25 Januari 2024)
Februari23 Februari 2024JumaatTahun Baru Cina (10 Februari 2024 & 11 Februari 2024)
Mac25 Mac 2024Isnin
April25 April 2024KhamisHari Raya Puasa (10 April 2024 & 11 April 2024)
Mei24 Mei 2024JumaatHari Pesta Kaamatan (30 Mei 2024 & 31 Mei 2024)
Jun13 Jun 2024KhamisHari Gawai (1 Jun 2024 & 2 Jun 2024)
Hari Raya Haji (17 Jun 2024 & 18 Jun 2024)
Julai19 Julai 2024Jumaat
Ogos23 Ogos 2024Jumaat
September25 September 2024Rabu
Oktober24 Oktober 2024KhamisHari Deepavali (31 Oktober 2024)
November25 November 2024Isnin
Disember19 Disember 2024KhamisHari Krismas (25 Disember 2024)
Gaji Penjawat Awam 2024
Jadual Bulanan Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2024 2
Gaji Penjawat Awam 2024

Untuk makluman, jadual pembayaran Gaji Penjawat Awam 2024 diatas adalah satu tarikh gaji untuk Semua Negeri di Malaysia.

Selain jadual pembayaran Gaji Penjawat Awam 2024, anda juga boleh melihat jadual pembayaran Pencen Pesara JPA bagi tahun 2024 yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pencen JPA.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More