Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PALSU Garis Panduan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Semasa PKP

Garis Panduan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP-COVID19) – PALSU

fb JAKIM

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menafikan mengeluarkan dokumen panduan sambutan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang tular di laman sosial, sejak semalam.

JAKIM dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya berkata, sebarang makluman yang tidak dikeluarkan menerusi saluran rasmi jabatan tersebut dianggap tidak sah.

“JAKIM menafikan bahawa ada mengedarkan sebarang dokumen mengenai Panduan Sambutan Aidilfitri dalam tempoh PKP,” demikian katanya.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung garis panduan untuk umat Islam meraikan Aidilfitri sekiranya PKP masih berkuat kuasa.

Garis panduan tersebut antaranya mendakwa solat sunat Aidilfitri boleh dilaksanakan di rumah bersama ahli keluarga tanpa khutbah hari raya; dan takbir raya di masjid atau surau oleh imam atau ia boleh dirakam.

Selain itu, panduan tersebut melarang rumah terbuka bagi mengelakkan penularan pandemik COVID-19.

Kredit : hmetro

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More