Sumber Rujukan Globalisasi Anda

GKP3.0 Semakan Kelayakan dan Status Bayaran

Seperti yang dimaklumkan melalui PEMERKASA sebelum ini, kerajaan akan meneruskan bantuan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) pada tahun 2021 ini untuk membantu kelangsungan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) yang berkelayakan.

Isi Kandungan

Tarikh Semakan & Bayaran GKP 3.0

Permohonan Geran Khas Prihatin 3.0 telah dibuka mulai 1 April 2021 hingga 15 April 2021 yang lalu. Tarikh semakan status akan dibuka mulai 8 Jun 2021.

Bayaran akan dibuat mulai 8 Jun 2021 secara berperingkat.

Jumlah Bantuan Geran Khas Prihatin 3.0

Jumlah bantuan ialah RM1,500 secara one-off kepada PKS yang layak.

Bayaran akan dibuat dalam 2 fasa iaitu:

  • Mulai 8 Jun 2021 – RM1,000
  • Julai 2021 – RM500 (tarikh akan dikemaskini oleh LHDN)

Kelayakan

Kelayakan Geran Khas Prihatin 3.0 dan nilai bantuan yang akan diterima adalah seperti berikut:

  • Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0 – RM1,500 *
  • Lulus permohonan baharu Geran Khas Prihatin 3.0 – RM1,500 *

Perbezaannya Dengan GKP Tambahan Permai

Mungkin ramai masih keliru apakah GKP Tambahan PERMAI dan Geran Khas Prihatin 3.0.

Berikut adalah infografik / penjelasan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul.

GKP3.0 Semakan Kelayakan & Status Bayaran

Semakan Status Permohonan & Tarikh Bayaran

Semakan status permohonan baharu dan tarikh bayaran Geran Khas Prihatin 3.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my).

Langkah semakan adalah seperti berikut:

  1. Layari laman web https://gkp.hasil.gov.my
  2. Log masuk sebagai pengguna dengan menetapkan kata laluan dan soalan keselamatan.
  3. Pergi ke menu Semakan Status
  4. Status anda akan dipaparkan.

GKP3.0 Semakan Kelayakan & Status Bayaran

GKP3.0 Semakan Kelayakan & Status Bayaran

GKP3.0 Semakan Kelayakan & Status Bayaran

GKP3.0 Semakan Kelayakan & Status Bayaran

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More