Sumber Rujukan Globalisasi Anda

10 Gmail Hacks Yang Anda Wajib Tahu

Gmail Hacks banyak rupanya yang mempunyai fungsinya tersendiri. Sebut sahaja Gmail, pastinya semua mengetahui kewujudan penggunaan ciri yang ditawarkan oleh Syarikat Teknologi, Google ini.

Setelah sekian lama menapak dalam era teknologi maklumat, Gmail digunakan secara meluas dalam bidang pekerjaan, permainan video bahkan untuk mendaftar mana-mana platform media sosial.

Tetapi, adakah sebelum ini anda pernah mengetahui tentang kesemua fungsi yang terdapat pada Gmail?

Isi Kandungan

Ini 10 Gmail Hacks, Cara Guna Aplikasi Gmail Dengan Betul

Menurut laporan SignHouse pada 2022, Gmail mencatatkan lebih 2.1 bilion pengguna yang aktif menggunakan aplikasi itu. Meskipun jumlahnya banyak, namun tidak semua pengguna tahu cara menggunakan Gmail dengan betul.

Justeru, jom ikuti perkongsian dibawah untuk mengetahui 10 cara bagaimana menggunakan Gmail dengan betul kerana banyak fungsi yang sebenarnya mungkin kita tidak pernah tahu selama ini.

Gmail Hacks

Gmail Hacks 1: Undo E-mel Yang Anda Hantar

Macam mana nak undur semula e-mel yang telah dihantar? Caranya mudah sahaja.

  1. Anda perlu pergi ke ikon ‘Tetapan’ pada bahagian kanan atas.
  2. Kemudian, klik “lihat semua tetapan” atau See All Settings dan pergi pada bahagian umum (General).
  3. Cari tulisan tertera “Undo Send” untuk menetapkan masa selepas e-mel dihantar. Ubah dari 5 saat kepada 30 saat (atau ikut pilihan anda).

Gmail Hacks

Gmail Hacks

Gmail Hacks 2: Cara Buang E-mel Promosi

Sebagai pengguna Gmail, pastinya anda mahukan e-mel yang diterima mempunyai kepentingan dan mempunyai nilai. Percampuran dengan e-mel promosi kadangkala boleh membuatkan kita terlepas pandang e-mel penting.

Jadi, bagaimanakah cara untuk melenyapkan e-mel promosi ini? Senang sahaja, anda hanya perlu ikuti 3 langkah berikut:

  1. Taip “unsubscribe” pada ruangan carian Gmail.
  2. Pilih semua e-mel dengan tanda “unsubscribe”.
  3. Setelah selesai menanda e-mel, klik padam pada ikon tong sampah di atas untuk memadam semua e-mel.

Gmail Hacks

Gmail Hacks 3: Cara Menghantar Privasi E-mel (Confidential E-mail)

Tahukah anda sebenarnya e-mel privasi / sulit boleh dinyahkan dengan ciri-cirinya seperti menyalin, mencetak dan dimuat turun oleh penerima.

Caranya adalah seperti berikut:

  1. Anda perlu pergi ke ikon tetapan pada bahagian kanan atas.
  2. Kemudian, klik “lihat semua tetapan” atau See All Settings dan pergi pada bahagian Luar Talian (Offline).
  3. Seterusnya, klik pada benarkan e-mel luar talian atau Enable Offline Mail. Kemudian klik pada simpan data luar talian pada komputer saya (keep offline data on my computer).
  4. Untuk mengaktifkannya, tekan pada simbol ‘kunci’ semasa menghantar e-mel baharu.

Gmail Hacks 4: Semak Gmail Luar Talian Anda

Pengguna juga boleh mengaktifkan mod Gmail di luar talian dengan cara berikut:

  1. Log masuk ke akaun Gmail anda.
  2. Kemudian, klik pada ikon tetapan dan lihat semua tetapan” atau see all settings.
  3. Klik pada luar talian (Offline) kemudian dayakan untuk lebih banyak pilihan.

Gmail Hacks 5: Gunakan Gmail Dengan Shortcuts Papan Kekunci

Berikut adalah fungsi gabungan papan kekunci pada aplikasi Gmail:

  • Shift + I untuk tanda sudah dibaca.
  • Tombol Window atau Ctrl + Enter untuk menghantar e-mel.
  • Tombol Window atau Ctrl + K untuk memasukkan pautan.
  • Tombol C untuk mengarang (compose).
  • Tombol / untuk carian e-mel.
  • Tombol D untuk mengarang pada tab baru.
  • Shift + Ctrl + B  untuk menambah penerima e-mel atau dipanggil Salinan Karbon Buta (Blind Carbon Copy atau BCC)

Gmail Hacks 6: Cara Hantar E-mel Kemudian

Nak nampak anda masih bekerja hingga 10 malam? Gmail sebenarnya menawarkan ciri-ciri e-mel kemudian atau email later.

Ciri ini membolehkan pengguna menetapkan masa untuk penghantaran e-mel.

  1. Ketika e-mel siap untuk dihantar, lihat pada tombol ‘Hantar’. Terdapat satu anak panah di sebelah kanan dan klik.
  2. Anda akan boleh membuat penjadualan (schedule) e-mel.
  3. Pilih tarikh dan masa yang anda inginkan.

Mudahkan? Selepas ini mudahlah kalau mahu schedule awal-awal, tidak perlu lagi buka laptop lewat malam.

Gmail Hacks

Gmail Hacks 7: Tunda Atau Snooze E-mel

Mungkin sesetengah e-mel mempunyai tarikh dan kepentingan yang berlainan waktu. Tentunya anda akan mendahulukan e-mel yang memerlukan keutamaan dalam tempoh terdekat.

Bagi e-mel lain, anda boleh menundanya dan membuat peringatan untuk kemudian. Jadi, macam mana nak buat?

  1. Anda perlu klik pada mana-mana e-mel yang anda ingin tunda. Kemudian klik pada ikon jam pada bahagian atas.
  2. Pilih berapa lama anda ingin menunda e-mel tersebut.
  3. E-mel tersebut bakal muncul semula dalam kotak e-mel pada tarikh yang telah ditetapkan.

Gmail Hacks

Gmail Hacks 8: Penggunaan Jenis Label

Pengunaan label pada aplikasi Gmail sangat efektif untuk mengorganisasikan e-mel anda.

Dengan ini, anda dapat membuat pembahagian e-mel dengan lebih mudah mengikut bidang seperti pekerjaan, peribadi mahupun pelancongan serta permainan.

Caranya mudah sahaja iaitu apa yang anda perlu lakukan adalah

  1. Lihat pada barisan bar peralatan “toolbar” dan cari “label”.
  2. Kemudian klik “Labels” untuk mencipta label baharu. Langkah ini sama seperti mencipta folder baharu.

Gmail Hacks

Gmail Hacks 9: Cipta Template

Tahukah anda Gmail juga memberikan kemudahan untuk pengguna mencipta template?

Penawaran ciri ini membolehkan pengguna untuk mencipta template e-mel untuk digunakan pada kemudian hari. Pengguna boleh mencipta template mengikut kesesuaian acara atau program.

Perkara ini memudahkan proses e-mel sekaligus menjimatkan masa anda. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke bahagian mengarang e-mel (compose) dan masukkan teks yang anda ingin gunakan sebagai template e-mel.
  2. Klik pada tiga titik pada menu dan klik Templates.
  3. Klik pada simpan draf sebagai template dan selesai.

Gmail Hacks

Gmail Hacks 10: Arkibkan E-mel Penting (Jangan Padam)

Lambakan e-mel kadang-kala membuatkan kita berasa ingin memadam semua e-mel yang tidak lagi berkepentingan. Namun, kadangkala kita cenderung memadamnya bersama e-mel yang penting secara tidak sengaja.

Tentunya kita sebagai pengguna tidak mahu perkara ini berlaku kerana ia boleh memberikan masalah khususnya melibatkan perkerjaan.

Oleh itu, pengguna boleh memastikan e-mel penting mereka selamat dengan melakukan arkib (archive). Ikuti langkah-langkahnya di bawah:

  1. Klik pada e-mel yang ingin anda arkibkan.
  2. Kemudian cari ikon peti anak panah ke bawah di bahagian atas dan klik.

Barulah e-mel penting anda lebih selamat.

Gmail Hacks

Kredit Sumber: Grema Yahaya Alhaji

Semoga perkongsian tentang 10 Gmail Hacks ini memberi sedikit pendedahan dan bermanfaat kepada anda semua.

Selain info teknologi tentang Gmail Hacks ini, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi fakta lain berkaitan teknologi dunia yang semakin hari semakin canggih ini di TcerDotMy kerana kami sentiasa berkongsi fakta menarik untuk rujukan utama anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More