Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Golongan T20 Guna i-Sinar Beli Saham Dan Emas

Pengeluaran simpanan persaraan daripada i-Sinar, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada lebih dua juta ahlinya adalah bukti kerajaan prihatin terhadap rakyat. Kemudahan akses secara bersasar kepada mereka yang terjejas itu merupakan satu keputusan yang tepat kerana ia membantu semua golongan seperti T20, M40 dan B40 yang terkesan, malah turut menjamin simpanan hari tua seperti membuat pelaburan bagi mereka yang tidak terkesan ekoran penularan pandemik koronavirus (Covid-19) di negara ketika ini.

i-sinar

 

Dikatakan hampir separuh daripada golongan T20 yang telah memohon atau merancang untuk memohon pengeluaran i-Sinar menggunakannya untuk membuat pelaburan bagi membeli emas dan saham.

Menurut Pusat Penyelidikan Undian UCSI dari kajian yang dilakukan, kebanyakan mereka yang berbuat demikian adalah mereka dalam kategori umur 40 hingga 55 tahun.

Selain itu, hasil kajian membabitkan 809 responden dari seluruh negara itu mendapati sebanyak 34.9 peratus menggunakan duit i-Sinar untuk tujuan itu merangkumi 47.7 peratus daripada pencarum T20, M40 (31.1 peratus) manakala B40 (35.3 peratus).

i-Sinar Digunakan Sebagai Satu Peluang Pelaburan

i-sinar

Pusat penyelidikan berkenaan menyatakan bahawa ianya menarik kerana pelaburan menjadi satu daripada tujuan pengeluaran i-Sinar golongan T20 dan masih ada yang melihat ianya satu peluang dan bertindak meskipun dalam keadaan sukar dengan pandemik COVID-19.

Menurut pusat kajian itu, tujuan utama responden membuat pengeluaran i-Sinar bagi golongan B40 dan M40 yang berusia 26 hingga 55 tahun adalah membayar balik pinjaman.

Seterusnya, UCSI memaklumkan sudah tiba masanya untuk rakyat Malaysia melihat kembali sama ada mereka mempunyai komitmen yang tinggi dan cukup bersedia berdepan dengan masa-masa sukar seperti sekarang.

Daripada keseluruhan koresponden, hanya 48.6 peratus menggunakan wang itu untuk kegunaan membeli makanan dan barangan dapur, menurut kenyataan itu.

Sumber : Berita Harian

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More