Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Guru Jadikan Murid Sebagai Content Media Sosial Bakal Berdepan Tindakan – Menteri Pendidikan

Guru Jadikan Murid Sebagai Content media sosial tidak wajar dilakukan. Ini kerana seorang yang bergelar pendidik boleh dikenakan tindakan melanggar garis panduan penglibatan murid di dalam media sosial jika berbuat demikian.

Dengan kemajuan teknologi dan ledakan media sosial pada masa kini, memang ramai yang berjinak-jinak dalam bidang content creation terutamanya di TikTok. Ramai juga yang menjadikan bidang ini sebagai sumber pendapatan yang kedua walaupun telah mempunyai kerja yang tetap.

Namun, guru-guru sekolah di Malaysia yang menjadikan anak murid atau pelajar sekolah sebagai ‘content’ atau kandungan di media sosial ini boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ini kerana ada di antara Guru Jadikan Murid Sebagai Content yang tidak menutup wajah murid yang muncul dalam video mereka, dan ini boleh menyebabkan maklumat peribadi pelajar terbabit bocor kepada pihak yang mempunyai niat yang jahat.

Isi Kandungan

Guru Jadikan Murid Sebagai Content Media Sosial Bakal Berdepan Tindakan

Guru yang menjadikan pelajar sebagai kandungan media sosial bakal berdepan dengan tindakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementerian tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu pelanggaran garis panduan penglibatan murid di dalam media sosial.

“Sekiranya garis panduan itu tidak dipatuhi dan ada aduan, tindakan boleh diambil,” katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi Town Hall Sinar Harian bersama Menteri Pendidikan di sini pada Jumaat lalu.

Media sebelum ini melaporkan ibu bapa resah dan menyelar tindakan segelintir guru yang menggunakan anak murid sebagai kandungan untuk dimuat naik ke akaun laman sosial mereka demi mengejar populariti dan mendapat habuan peribadi.

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) juga dilaporkan menerima sekurang-kurangnya satu aduan sehari daripada ibu bapa mengenai anak mereka yang dijadikan kandungan peribadi media sosial guru.

Guru Jadikan Murid Sebagai Content

Credit Sumber: Sinar Harian

Respon Daripada Warganet Tentang Isu Ini

Pengumuman oleh Menteri Pendidikan itu nampaknya disambut baik oleh warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan tindakan KPM tersebut.

Dalam masa yang sama, warganet juga berpendapat peniaga kantin sekolah juga perlu dikenakan tindakan jika melakukan perkara yang sama kerana ada juga pekerja kantin sekolah yang turut berbuat demikian.

Guru Jadikan Murid Sebagai Content

Harapan Penulis

Diharapkan perkongsian tentang peringatan untuk semua pendidik ini iaitu jangan Guru Jadikan Murid Sebagai Content untuk kepentingan peribadi ini bermanfaat untuk semua guru-guru di luar sana kerana tidak akan ada kompromi terhadap sebarang isu pelanggaran garis panduan penglibatan murid di dalam media sosial selepas ini.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More