Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hadiah Dari Suami Disangka “Gold Bar” Rupanya Kiub Pati Ayam

Hadiah istimewa daripada encik suami. Isteri manalah yang tidak suka dengan hadiah-hadiah pemberian oleh encik suami kan? Kalau selalu dapat hadiah barulah ‘sweet’ namanya.

Sudah namanya wanita, mestilah amat sinonim dengan barang kemas. Jika encik suami beri hadiah berupa barang kemas, lagilah gembira hati si isteri.

HADIAH DARI SUAMI YANG DISANGKA “GOLD BAR”

Tular di media sosial baru-baru ini tentang seorang isteri yang menerima hadiah kononnya ‘gold bar’ daripada suaminya.

Sekali pandang memang nampak ‘wow’. Kita yang tengok pun terpegun. Tapi rupa-rupanya…mari baca perkongsian dari laman sosial Facebook milik Junariah Ab Rahman ini.

Hadiah Dari Suami Disangka "Gold Bar" Rupanya Kiub Pati Ayam 1

Terkejut si isteri pagi-pagi dapat kotak merah berisi gold bar.

Bila suami faham benar dengan minat dan cita rasa isterinya.

Tq cik suami..i love you tau.

Amboi..pandai noo, buat lawak kat cheq..

Difahamkan, hadiah pemberian yang dikatakan ‘gold bar’ itu sebenarnya adalah kiub pati ayam sahaja. Perkongsian ini telah mencuit hati netizen yang masing-masing terhibur dengan tindakan suami wanita ini.

HADIAH

Disebabkan itu, rata-rata netizen turut ‘tag’ pasangan masing-masing dan menyakat untuk memberi ‘hadiah’ yang serupa.

HADIAH

Boleh juga lihat di facebook milik Junariah Ab Rahman ini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More