Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) Penjawat Awam

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Hadiah Pengiktirafan Akademik untuk makluman semua rakyat Malaysia.

Isi Kandungan

Apa Itu Hadiah Pengiktirafan Akademik?

Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) adalah satu bentuk insentif kewangan sekali beri (one-off) yang diberikan oleh Kerajaan kepada Penjawat Awam dan ia khusus untuk mengiktiraf Pegawai Awam yang telah berjaya menamatkan pengajian tinggi mereka menggunakan perbelanjaan sendiri semasa dalam perkhidmatan.

HPA bukanlah bantuan sara hidup atau bonus perayaan, sebaliknya ia adalah penghargaan yang melambangkan penghormatan tulus Kerajaan kepada Penjawat Awam yang proaktif dan berinisiatif tinggi dan ia menandakan anjakan paradigma di mana pembangunan modal insan tidak lagi hanya bergantung pada tajaan, tetapi juga menggalakkan inisiatif peribadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberikan HPA yang berbentuk insentif kewangan kepada Pegawai Awam (Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Kumpulan Pelaksana) yang memulakan dan menamatkan pengajian mereka.

Langkah itu selaras dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan, profesionalisme dan kebajikan Penjawat Awam di semua peringkat sekali gus memastikan agenda pembangunan negara dapat dilaksana dengan lebih berkesan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, insentif sama juga akan diberikan kepada mereka yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi yang diiktiraf semasa dalam perkhidmatan, dengan menggunakan perbelanjaan sendiri.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan memperuntukkan bajet sebanyak RM75.7 juta ringgit yang akan memberi manfaat kepada 91,672 orang Pegawai Awam yang merentasi semua skim perkhidmatan.

Pengumuman inisiatif ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh perkhidmatan awam.

Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) Penjawat Awam 1

Jumlah Hadiah Pengiktirafan Akademik

Jumlah insentif yang ditawarkan adalah seperti ketetapan berikut:

Bagi mereka yang mendapat Ijazah Kedoktoran (PhD)RM 1,250.00
Bagi mereka yang mendapat Ijazah SarjanaRM 1,000.00
Bagi mereka yang mendapat Ijazah Sarjana MudaRM 750.00
Bagi mereka yang mendapat Diploma atau kelayakan setarafRM 500.00

Kadar pemberian HPA bersifat sekali dalam sepanjang tempoh perkhidmatan.

Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) Penjawat Awam 2

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan untuk mendapatkan info terkini mengenai Hadiah Pengiktirafan Akademik ini, sila rujuk Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More