Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Harga Axia 2024: Kereta “Compact” Yang Kecil Tapi Berbaloi!

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut berkaitan harga axia 2024 yang terkini.

Isi Kandungan

Perodua Axia Malaysia

Perodua Axia merupakan antara pilihan paling popular bagi kereta yang bersaiz tidak terlalu besar namun lengkap dengan ciri-ciri yang menarik.

Kereta ini sesuai untuk kegunaan mahasiswa, golongan bujang mahupun keluarga kecil.

Bagi yang mempunyai bajet yang rendah, anda boleh pertimbangkan untuk memiliki Perodua Axia memandangkan harganya yang berbaloi bertepatan dengan ciri-ciri yang ada padanya.

Perodua Axia telah diuji kemalangan oleh Program Penilaian Kereta Baru Asia Tenggara (ASEAN NCAP) dan menerima mencapai penarafan 4 bintang bagi kategori AOP dan COP.

  • Untuk varian G, SE dan AV ia dilengkapi dengan sistem brek anti-kunci (ABS) dengan agihan kuasa brek elektronik (EBD) dan BA.
  • Axia dilengkapi dengan 2 beg udara untuk semua varian.
  • Perodua Axia 2024 menggunakan Enjin EEV dengan D-CVT gear.
  • Penggunaan minyak Perodua Axia sangat menjimatkan (27.4 km / litre) sesuai digunakan oleh semua peringkat umur, mudah dikendalikan serta mesra alam sekitar.
  • Perodua Axia 2024 juga didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu Coral Blue, Granite Grey, Lava Red, Glittering Silver dan Ivory White serta dengan jaminan 5 tahun bagi semua varian dengan tahap keselamatan 4 bintang Asean NCAP rating.

Sehingga kini, perodua Axia 2024 merupakan antara model kereta yang terlaris di Malaysia.

Jika anda berminat untuk memiliki perodua Axia 2024, anda boleh membuat tempahan secara atas talian (online) atau ‘test drive’ kereta Perodua Axia melalui Sales Advisor (SA) / Salesman Perodua berdekatan dengan anda dan tanpa perlu datang ke ‘showroom’.

Harga Axia 2024: Kereta "Compact" Yang Kecil Tapi Berbaloi! 1
Harga Axia 2024

Harga Axia 2024

Harga Perodua Axia 2024 adalah bermula dari RM22,669.85 untuk varian 1.0 E (Manual), sementara varian teratas 1.0 AV (Auto) berharga RM51,211.79.

Harga di bawah adalah termasuk kiraan bayaran bulanan untuk 7 tahun dan 9 tahun sama ada dengan 10% downpayment atau full loan.

Hubungi Sales Advisor Perodua berhampiran anda untuk tawaran yang terbaik!

Harga Axia 2024 (Semenanjung)

Berikut adalah harga perodua Axia Malaysia bagi Semenanjung.

Perodua AxiaHarga OTR90% Loan (9 Tahun)100% Loan (9 Tahun)90% Loan (7 Tahun)100% Loan (7 Tahun)
AXIA 1.0 E (Manual)RM22,669.85RM249RM277RM303RM277
AXIA 1.0 GRM40,038.95RM432RM481RM528RM481
AXIA 1.0 XRM41,488.56RM448RM498RM547RM498
AXIA 1.0 SERM45,587.77RM492RM547RM601RM547
AXIA 1.0 AVRM51,211.79RM552RM615RM674RM615
Harga Axia 2024

Harga Axia 2024 (Sabah & Sarawak)

Berikut pula adalah harga perodua Axia Malaysia bagi Sabah dan Sarawak.

Perodua AxiaHarga OTR90% Loan (9 Tahun)100% Loan (9 Tahun)90% Loan (7 Tahun)100% Loan (7 Tahun)
AXIA 1.0 E (Manual)RM23,042.08RM245RM272RM299RM272
AXIA 1.0 GRM41,678.69RM450RM501RM550RM501
AXIA 1.0 XRM43,100.21RM465RM518RM567RM518
AXIA 1.0 SERM47,186.28RM509RM567RM621RM567
AXIA 1.0 AVRM52,793.87RM570RM634RM696RM634
Harga Axia 2024

Interior & Exterior Perodua Axia Malaysia 2024

Berikut adalah interior dan exterior perodua Axia bagi tahun 2024 yang semakin canggih dengan teknologi semasa yang berpatutan dengan harganya.

Dengan teknologi yang hebat, ia juga datang dengan kecekapan yang hebat.

Enjin padat dan cekap yang boleh dipercayai ini membolehkan anda menikmati kehidupan sepenuhnya, ke mana sahaja ia boleh membawa anda.

Perodua Axia kini lebih baik berbanding sebelum ini kerana ia dilengkapi dengan rangkaian besar ciri keselamatan pintar untuk menjadikan setiap perjalanan lancar, menyeronokkan dan santai.

Harga Axia 2024: Kereta "Compact" Yang Kecil Tapi Berbaloi! 2
Dalaman Perodua Axia
Harga Axia 2024: Kereta "Compact" Yang Kecil Tapi Berbaloi! 3
Kemasukan Tanpa Kunci
Harga Axia 2024: Kereta "Compact" Yang Kecil Tapi Berbaloi! 4
Cermin Sisi Boleh Tarik
Harga Axia 2024: Kereta "Compact" Yang Kecil Tapi Berbaloi! 5
Tekan Butang Mula / Berhenti
Harga Axia 2024: Kereta "Compact" Yang Kecil Tapi Berbaloi! 6
Central Lock
Harga Axia 2024: Kereta "Compact" Yang Kecil Tapi Berbaloi! 7
Kapasiti Ruang Bagasi 265L

Diharapkan perkongsian info tentang harga axia 2024 ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Harga di atas adalah sebagai panduan sahaja, sebarang perubahan tertakluk kepada promosi semasa Perodua.

Sebarang maklumat lanjut tentang kereta Perodua yang terkini adalah pada laman web rasmi Perodua.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More