Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Harga Telur ayam – Penentuan Harga Maksimun Dan Ayam Berkuatkuasa Pada 12 Oktober 2022

HARGA TELUR ayam dan ayam sedang hangat diperkatakan hari ini. Bukan hanya sekadar harga, tapi stok telur ayam juga semakin merosot hingga rakyat terpaksa merebut dan mengakibatkan harganya naik melambung tinggi.

Pergi sahaja mana-mana kedai atau pasaraya, asti ruangan jualan telur itu kelihatan kosong. Jika stok baru sampai, pekedai juga menetapkan setiap pelanggan hanya boleh membeli 2 papan telur sahaja. Kesannya, harga makanan yang berasaskan telur mula naik melambung tinggi seperti nasi lemak biasa yang naik RM3 sebungkus manakala roti canai telur pula sekarang harganya RM2.30 sebiji.

Memikirkan keadaan rakyat, pada 24 Jun lepas kerajaan mengumumkan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan dalam usaha memastikan rakyat tidak terbeban. Penetapan harga siling bagi ayam standard dan telur sebelum ini dikuat kuasa mulai 1 Julai 2022.

Isi Kandungan

KUAT KUASA HARGA TELUR AYAM BARU

Pada 28 Ogos 2022, kerajaan bersetuju penetapan harga siling bagi ayam standard di pasaran diteruskan pada harga RM9.40 /Kg.

Berikut dikongsikan harga maksimum ayam dan telur ayam berkuatkuasa pada 12 Oktober 2022 seperti dikongsi di laman sosial Facebook rasmi milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH).

Harga Maksimum Ayam & Telur (Mulai 12 Oktober 2022)

PENENTUAN HARGA MAKSIMUM AYAM DAN TELUR AYAM BERKUAT KUASA PADA 12 OKTOBER 2022.

Harga Telur ayam

I) AYAM

Kabinet memutuskan pemberian subsidi akan diteruskan dengan harga siling runcit baru bagi runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia.

II) TELUR AYAM GRED A, GRED B DAN GRED C

Kabinet bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam bagi gred A pada 45 sen/biji;  gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung Malaysia.

Bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, Harga Maksimum Ayam dan Telur adalah berbeza mengikut zon dan daerah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di atas.

Harga Telur ayam

PERBEZAAN AYAM STANDART DAN AYAM SUPER

Jika melihat jadual di atas, kita dapat melihat ada dua kategori ayam yang harganya berbeza, iaitu ayam standart dan ayam super. Tahukah kita apakah perbezaan kedua-dua ayam ini?

 

Ayam Standard : Ayam yang telah diproses, ditimbang dan dijual DENGAN kepala, kaki dan organ dalaman (pedal, hati dan hempedu)

Ayam Super: Ayam yang telah diproses, ditimbang dan dijual TANPA kepala, kaki dan organ dalaman (pedal, hati dan hempedu).

LARANGAN PENIPUAN LABEL TELUR AYAM

Peniaga diingatkan agar tidak meletakkan label yang berlainan atau dalam erti kata lain menipu pelanggan dengan meletakkan label yang salah pada telur. Hal ini biasa berlaku kerana peniaga atau pemborong dapat meraih keuntungan berganda jika meletakkan label telur premium pada telur gred biasa.

Harga Telur ayam

Penggunaan label palsu mengenai kandungan atau saiz telur boleh disiasat dan disabitkan kesalahanan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Pihak yang disabitkan kesalahan di bawah Akta ini, sekiranya pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak melebihi RM5 juta dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya tidak melebihi RM10 juta. Manakala bagi individu pula, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. Jika melakukan kesalahan kedua atau berikutnya, dia boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

CARA BUAT ADUAN HARGA BARANG

Hak pengguna, kita boleh membuat aduan jika merasakan barang yang dijual tidak logic pada harga atau lebih tinggi dari harga yang diumum oleh kerajaan. Terutamanya untuk harga di bawah kawalan. Justeru, apakah cara untuk kita membuat aduan? Jom kita follow maklumat atau cara yang dikongsi oleh Portal Rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNDKSH).

Pihak Kementerian menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).

Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan. Dimaklumkan juga bahawa tidak semua aduan yang diterima di bawah bidang kuasa Kementerian untuk menyelesaikannya.

Jika pengguna tidak berpuas hati dengan harga atau kualiti barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan, pengguna boleh merujuk kepada KPDNKSH melalui:

  1. Talian bebas tol (1-800-886-800)
  2. Sistem e-Aduan: http://e-aduan.kpdnhep.gov.my
  3. Whatsapp

PENUTUP

Selain itu, bagi ramai yang tidak tahu negara kita juga mempunyai Majlis Harga Barang yang berperanan menjaga hak pengguna dan harga kawalan siling agar terkawal dan tidak membebankan pelanggan. Jadi boleh juga rujuk Majlis harga Barang untuk buat aduan ya.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More