Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hari Gawai 2025: Cuti Umum & Senarai Barangan SHMMP

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Hari Gawai 2025 yang akan datang tidak lama lagi.

Isi Kandungan

Aspek Utama Hari Gawai

Hari Gawai, juga dikenali sebagai Perayaan Gawai Dayak, adalah perayaan menuai penting yang disambut oleh orang Dayak di Malaysia, khususnya di Sarawak dan ia adalah masa kesyukuran dan perayaan berakhirnya musim menuai padi, menandakan kedua-dua aspek keagamaan dan sosial masyarakat.

Hari Gawai 2025: Cuti Umum & Senarai Barangan SHMMP 1

Aspek utama Hari Gawai adalah seperti berikut:

Kesyukuran Dan MenuaiPerayaan ini adalah perayaan hasil yang banyak dan masa untuk berterima kasih kepada tuhan dan roh untuk tuaian yang baik.
Semangat KomunitiPerayaan ini adalah masa kebersamaan, dengan keluarga dan komuniti berkumpul untuk meraikannya.
Ritual KeagamaanUpacara miring (persembahan) diadakan untuk berterima kasih kepada dewa dan memohon keberkatan.
Amalan TradisionalPersembahan ngajat (tarian tradisional), tarian pedang dan aktiviti tradisional lain adalah perkara biasa semasa perayaan.
Rumah TerbukaKeluarga membuka rumah mereka kepada pengunjung, menawarkan makanan dan minuman, termasuk wain beras tradisional (tuak).
Acara SambutanPerayaan ini dipenuhi dengan muzik, nyanyian dan tarian serta pelbagai permainan dan pertandingan.
Tempoh Dan MasaHari Gawai disambut secara rasmi pada 1 Jun dan 2 Jun pada setiap tahun di Sarawak. Kemeriahan boleh dimulakan lebih awal, dengan persiapan hampir sebulan lebih awal, termasuk membancuh tuak.
Diraikan OlehPelbagai suku Dayak, termasuk Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah dan Kelabit, antara lain.

Hari Gawai 2025

Perayaan Hari Gawai 2025 adalah jatuh pada 1 Jun 2025 (Ahad) dan 2 Jun 2025 (Isnin) dan ia merupakan cuti umum bagi negeri Sarawak di Malaysia.

Perayaan ini adalah salah satu dari perayaan utama yang di sambut oleh kaum Dayak.

Oleh itu, sebahagian besar daripada mereka yang bekerja di bandar akan kembali ke kampung mereka untuk merayakannya.

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Sempena Pesta Kaamatan & Hari Gawai 2025

Bersempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2025, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2025.

SHMMP Pesta Kaamatan akan dilaksanakan pada 27 Mei 2025 sehingga 2 Jun 2025 manakala SHMMP Hari Gawai akan dilaksanakan pada 29 Mei 2025 sehingga 4 Jun 2025.

Tempoh pelaksanaan skim tersebut ialah selama 7 hari iaitu pada hari kemuncak dan 3 hari sebelum dan selepas kemuncak perayaan.

Tempoh pelaksanaan skim ini adalah ditetapkan mengambil kira kepentingan kedua-dua pihak iaitu pengguna dan komuniti peniaga.

Pengguna dapat menikmati barangan keperluan pada harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama.

Di bawah SHMMP Pesta Kaamatan 2025, kementerian telah mengenal pasti 10 jenis barangan berbanding 8 barangan semasa pelaksanaannya pada tahun 2024. Pertambahan 2 jenis barangan tersebut ialah bawang kuning besar import dan bawang merah besar import.

Manakala untuk SHMMP Hari Gawai 2025, sebanyak 11 jenis barangan telah disenaraikan berbanding 8 barangan semasa pelaksanaannya pada tahun 2024. Pertambahan 3 jenis barangan tersebut ialah kelapa biji, kelapa parut dan santan.

Senarai barangan yang terlibat dengan SHMMP ialah seperti berikut:

SHMMP Pesta Kaamatan 20251. Babi hidup (harga maksimum di peringkat ladang sahaja)
2. Daging babi (daging dan lemak)
3. Daging babi (perut)
4. Daging kerbau import (India) (tidak termasuk bahagian batang pinang)
5. Kepak ayam
6. Cili kering keriting
7. Bawang merah kecil (India)
8. Bawang putih (China)
9. Bawang kuning besar import
10. Bawang merah besar import
SHMMP Hari Gawai 20251. Babi hidup (harga maksimum di peringkat ladang sahaja)
2. Daging babi (daging dan lemak)
3. Daging babi (perut)
4. Ayam tua hidup
5. Kepak ayam
6. Kubis bulat import (Indonesia dan China) (tidak termasuk kubis Beijing)
7. Bawang putih (China)
8. Cili kering keriting
9. Kelapa biji
10. Kelapa parut
11. Santan
Hari Gawai 2025: Cuti Umum & Senarai Barangan SHMMP 2

Semoga perkongsian tentang Hari Gawai 2025 di atas bermanfaat untuk anda semua rakyat Malaysia di luar sana.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More