Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hari Guru 2021 Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Saban tahun, Hari Guru akan disambut pada 16 Mei setiap tahun bagi menghargai pengorbanan guru – guru dalam mendidik anak bangsa. Apakah tema hari bagi tahun 2021? Tema sambutan hari guru untuk tahun 2021 yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah “Berguru demi ilmu, Bina generasi baharu”.

Pada tahun lepas, tema yang sam telah dipilih sebagai Hari Guru. Pada tarikh yang sama iaitu dalam tahun 1956 yang lepas mengikut sejarah Malaysia melalui Laporan Razak. Ianya telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Pelancaran Hari Guru Tahun 2021 kali ini adalah edisi yang ke-50. Tahun lepas lokasi sambutan Hari Guru diadakan di lokasi yang akan dikemaskini. Bagi tahun 2021 dan atas faktor Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sambutan hari guru akan menjurus kepada program yang diadakan secara dalam talian termasuk di media sosial tidak seperti tahun sebelumnya yang disambut secara besar – besaran.

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Tema ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan insan yang sentiasa dahagakan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning).

Dalam konteks berguru, ilmu hendaklah diperoleh daripada seseorang yang mempunyai kepakaran atau kemahiran yang autentik serta berasaskan sumber yang betul, sahih dan berwibawa. Murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang banyak membentuk karakter dan keperibadian seseorang.

Berguru merupakan suatu proses pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung selagi mana seseorang itu masih menikmati kehidupan di dunia ini. Seseorang yang berguru dengan niat ikhlas untuk mendapatkan ilmu akan terus berusaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga berusaha meneroka bidang ilmu baharu. Ini akan melahirkan lebih ramai keilmuan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberi impak tinggi kepada masyarakat dan negara.

Murid yang ada pada hari ini merupakan generasi pewaris masa hadapan negara. Oleh hal demikian, adalah penting untuk guru menanam dalam jiwa muridnya akan kecintaan dan dahaga kepada ilmu. Kecintaan mereka kepada ilmu akan melahirkan generasi baharu yang lebih gemilang dalam pelbagai aspek kehidupan.

KPM yakin bahawa tema “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut ilmu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah melekat dalam sanubari.

Penutup

Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/ download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian ilmuan anda. Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan – bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More