Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Hari Ibu 2024 Sedunia, Happy Mother’s Day!

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Hari Ibu 2024 yang akan datang tidak lama lagi.

Isi Kandungan

Apa Itu Hari Ibu?

Hari Ibu adalah perayaan menghormati, menghargai dan meraikan Ibu bersama keluarga atau individu, serta menunjukkan ikatan keibuan dan pengaruh Ibu dalam masyarakat yang lebih nyata.

Hari Ibu kebiasaanya akan disambut pada hari yang berbeza di setiap negara, tetapi paling biasa akan disambut pada bulan Mac atau Mei dan ia melengkapkan perayaan serupa yang menghormati ahli keluarga, seperti Hari Bapa, Hari Adik Beradik dan Hari Datuk dan Nenek.

Tarikh Hari Ibu 2024 Sedunia, Happy Mother's Day! 1

Hari Ibu 2024

Di Malaysia, bulan Mei sinonim dengan Hari Ibu yang disambut untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada wanita kepada keluarga, khususnya anak-anak mereka.

Hari Ibu atau Mother’s Day disambut pada hari Ahad ke-2 bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia.

Justeru, bagi tahun 2024, Hari Ibu jatuh pada 12 Mei 2024.

Tarikh Hari Ibu 2024 Sedunia, Happy Mother's Day! 2
Hari Ibu 2024

Hukum Sambut Hari Ibu

Berkenaan dengan memuliakan Ibu Bapa, ia tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu. Malah kewajipannya adalah berpanjangan dan berkekalan sepanjang hayat.

Oleh itu, perayaan seperti ini lebih menghampiri pengaruh Barat yang terpaksa mewujudkan perayaan bagi menghormati Ibu dan Bapa.

Sedangkan bagi orang Islam, anjuran supaya memuliakan dan menghormati kedua Ibu Bapa sebenarnya sudah dititikberatkan di dalam Al-Quran dan Al-Sunnah Nabi SAW, tanpa terikat dengan masa dan tempat.

Justeru, ia tidak menganggap bahawa merayakan Hari Ibu dan Hari Bapa sebagai perkara yang tidak dibolehkan. Tetapi hendaklah dengan menepati beberapa syarat, iaitu

  • Menganggap Hari Ibu atau Hari Bapa sebagai penghormatan tambahan buat mereka, bukannya menyempitkan skop menghormati mereka hanya pada tarikh tersebut.
  • Tidak menjadikan ia sebagai satu bentuk perayaan dengan ertikata perayaan keagamaan, tetapi sebagai sambutan secara adat sahaja.

Sewajarnya seseorang Islam sentiasa menghormati Ibu Bapa dan pada saat yang sama memahami ajaran Islam supaya ketaatannya sentiasa selaras dengan syariat Islam.

Sumber Rasmi: Bahagian Dakwah, Jakim

Tarikh Hari Ibu 2024 Sedunia, Happy Mother's Day! 3

Selain itu, jika anda sedang mencari ucapan-ucapan penghargaan yang menarik untuk Ibu anda, disini kami sediakan 55 Ucapan Penghargaan Sempena Hari Ibu 2024 untuk anda!

Semoga perkongsian tentang Hari Ibu 2024 di atas bermanfaat untuk anda semua rakyat Malaysia di luar sana.

Selamat Hari Ibu untuk semua yang bergelar Ibu!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More