Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tarikh Hari Ibu 2025 Sedunia, Happy Mother’s Day!

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Hari Ibu 2025 yang akan datang tidak lama lagi.

Isi Kandungan

Hari Ibu 2025

Di Malaysia, bulan Mei sinonim dengan Hari Ibu yang disambut untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada wanita kepada keluarga, khususnya anak-anak mereka.

Hari Ibu atau Mother’s Day disambut pada hari Ahad ke-2 bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia.

Justeru, Hari Ibu 2025 adalah jatuh pada 11 Mei 2025.

Tarikh Hari Ibu 2025 Sedunia, Happy Mother's Day! 1
Sumber Rasmi: Calendar Malaysia

Selamat Menyambut Hari Ibu 2025 buat semua insan yang yang bergelar Ibu.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Nisa’ ayat 36 yang bermaksud:

“Dan bertauhidlah kamu kepada Allah SWT dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.”

Terima kasih Ibu atas kasih sayang dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini. Hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membalas segala jasa Ibu kita semua.

Penghargaan Untuk Ibu

Ibu dan bapa adalah insan yang sangat penting kerana mereka lah yang telah menjaga kita sejak kita kecil lagi. Jadi, kita perlu tunjukkan penghargaan kita kepada mereka.

Antara penghargaan yang boleh kita tunjukkan kepada mereka adalah seperti berikut:

  1. Memberikan ucapan terima kasih kepada mereka kerana telah membesarkan kita.
  2. Melakukan tindakan yang menunjukkan perhatian dan kepedulian terhadap mereka.
  3. Memberikan hadiah yang bermakna untuk mereka.
  4. Meluangkan masa untuk berbicara dan mendengarkan mereka dengan penuh perhatian.
  5. Meluangkan masa bersama mereka dengan membawa mereka bersiar-siar ataupun keluar makan bersama.

Selain itu, jika anda sedang mencari ucapan-ucapan penghargaan yang menarik untuk Ibu anda, disini kami sediakan 55 Ucapan Penghargaan Sempena Hari Ibu 2025 untuk anda!

Ingat! Hargailah Ibu sentiasa kerana seramai mana pun orang yang mendoakan kita, doa Ibu tetap nombor satu.

Berbakti Kepada Ibu Bapa, Kunci Keberkatan Hidup

Berbakti kepada ibu bapa adalah kewajipan utama seorang Muslim.

Allah SWT dan Rasulullah SAW menekankan betapa pentingnya menjaga hubungan baik dengan ibu bapa sebagai pintu keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Isra’ yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah kamu mengatakan kepada mereka perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka, tetapi ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik.”

Ayat ini menjelaskan keperluan untuk menghormati, menyantuni dan bersabar dengan ibu bapa, terutamanya ketika mereka semakin dan sudah tua.

Rasulullah SAW bersabda:

“Reda Allah SWT bergantung kepada reda kedua ibu bapa, dan murka Allah SWT bergantung kepada murka keduanya.”
Hadis Riwayat Tirmizi

Hadis ini menggambarkan betapa besar pengaruh ibu bapa terhadap keberkatan hidup seseorang anak.

Dalam Surah Luqman, Luqman Al-Hakim memberikan nasihat kepada anaknya tentang menghormati ibu bapa, iaitu:

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang tuanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu.”

Luqman Al-Hakim juga menekankan kepentingan bersyukur kepada ibu bapa sebagai bentuk penghormatan kepada pengorbanan mereka.

Berikut adalah adab-adab berbakti kepada ibu bapa, iaitu

Menghormati Dan Mentaati MerekaSelagi tidak bertentangan dengan syariat, setiap arahan ibu bapa wajib ditaati.
Bersikap Lemah LembutUcapkan kata-kata yang sopan dan elakkan bercakap dengan nada yang kasar.
Mendoakan Kesejahteraan MerekaDoa untuk ibu bapa adalah amalan yang diredhai Allah, seperti doa: “Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu kecil.”
Menjaga Perasaan MerekaHindari tindakan yang boleh mengecilkan hati ibu bapa, walaupun perkara kecil.
Menyediakan Keperluan MerekaJika ibu bapa memerlukan bantuan, penuhi keperluan mereka dengan ikhlas.
Tarikh Hari Ibu 2025 Sedunia, Happy Mother's Day! 2

Semoga perkongsian tentang Hari Ibu 2025 di atas bermanfaat untuk anda semua rakyat Malaysia di luar sana.

Selamat Hari Ibu untuk semua yang bergelar Ibu! Terima Kasih Ibu!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More