Hari Kebangsaan 2025: Tema, Logo & Acara Utama Sambutan HKHM

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai Hari Kebangsaan 2025 atau sambutan Hari Kebangsaan yang ke-68 yang akan disambut pada 31 Ogos nanti.
Isi Kandungan
Tema & Logo Hari Kebangsaan 2025
Pengumuman tema dan logo Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM 2025) telah diumumkan dan HKHM 2025 sekali lagi memilih tema yang penuh bermakna dan berwawasan dengan tema baharu iaitu:
“Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”
Pemilihan tema itu merupakan cerminan visi Kerajaan untuk memperkukuh pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai kemanusiaan, kesejahteraan sosial dan keadilan.
Konsep “Malaysia MADANI” melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran dan perpaduan masyarakat.
Penekanan pada tema “Rakyat Disantuni” pula menggambarkan keutamaan Kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama.
Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini berteraskan Malaysia MADANI yang menghasilkan corak simbolik tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar ‘Rukun Negara.’
Berikut adalah logo rasmi HKHM 2025, iaitu:

Sambutan HKHM 2025
Putrajaya sekali lagi akan menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang ke-68, sama seperti edisi 2024, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Sambutan Hari Kebangsaan dianjurkan di Putrajaya buat julung kalinya pada 2003, seterusnya pada 2005, 2018, 2019, 2023 dan 2024.
Dalam usaha menyemarakkan semangat jiwa merdeka dan memupuk rasa bangga sebagai rakyat Malaysia, beberapa acara utama telah disusun rapi.
Berikut adalah merupakan perancangan acara utama HKHM 2025, iaitu:
Tarikh | Acara Utama | Lokasi |
---|---|---|
27 Julai 2025 (Ahad) | Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2025 | Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor |
31 Ogos 2025 (Ahad) | Sambutan Hari Kebangsaan 2025 | Dataran Putrajaya, Putrajaya |
16 September 2025 (Selasa) | Sambutan Hari Malaysia 2025 | Pulau Pinang |
Pemilihan Sambutan Hari Malaysia 2025 di Pulau Pinang adalah bertepatan dengan amalan penggiliran tahunan lokasi sambutan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia dengan matlamat untuk memperkukuh semangat kebersamaan dan perpaduan antara semua wilayah di negara ini.
Selain acara utama, sebanyak 14 program sisipan dan aktiviti patriotik dirancang untuk menyemarakkan lagi sambutan HKHM 2025 ini. Antara program-program tersebut adalah seperti berikut:
Program / Aktiviti | Tarikh | Lokasi |
---|---|---|
Quran Hour | 30 Ogos 2025 | Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya |
Kira Detik Merdeka | 30 Ogos 2025 | – |
Majlis Memperingati Negarawan | Julai / Ogos 2025 | – |
Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025 | 27 Julai 2025 – 15 Ogos 2025 | Seluruh Negara |
Pengisahan Kenegaraan@Kelab Malaysiaku | September 2025 | – |
PENTARAMA Merdeka@HOHO | Julai / Ogos / September 2025 | Putrajaya, Kuala Lumpur, Perak & Melaka |
PENTARAMA Merdeka@KLIA | 10, 13 & 21 Ogos 2025 | KLIA (Terminal 1 & 2) |
Wayang Pacak Merdeka | 30 Ogos 2025 | Putrajaya |
Pesta Itu Ini | 19 – 21 Jun 2025 | Kelantan |
Pesta Itu Ini | 18 – 20 Julai 2025 | Johor |
RIUH Merdeka | 30 – 31 Ogos 2025 | Putrajaya |
Hari Kebangsaan Merupakan Cuti Wajib Di Seluruh Negeri Di Malaysia
Hari Kebangsaan 2025 adalah jatuh pada hari Sabtu, bersamaan 31 Ogos 2025 dan ia merupakan Hari Kelepasan Am Persekutuan bagi semua negeri di Malaysia, iaitu
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Wilayah Persekutuan Labuan.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya.
- Johor.
- Kedah.
- Kelantan.
- Melaka.
- Negeri Sembilan.
- Pahang.
- Perak.
- Perlis.
- Pulau Pinang.
- Sabah.
- Sarawak.
- Selangor.
- Terengganu.

Tahukah anda, cuti hari kebangsaan adalah termasuk dalam 5 Hari Kelepasan Am yang wajib diberikan oleh majikan kepada pekerja mengikut Seksyen 60D(1)(a) & (b) Akta Kerja 1955.
Minimum 11 Hari Kelepasan Am setahun untuk seorang pekerja yang ditakrifkan sebagai seorang pekerja di bawah Seksyen 2, iaitu lima (5) Hari Wajib dan enam (6) Hari Pilihan Majikan.
Jika pekerja diperlukan dan diarahkan oleh majikan untuk bekerja pada hari tersebut, bayaran tambahan perlu dibayar. Sila rujuk Seksyen 60D(3) Akta Kerja 1955.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkaitan logo, tema dan kompilasi lagu patriotik serta program Bulan Kebangsaan 2025 boleh dirujuk melalui Portal Rasmi Merdeka 360 dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Semoga perkongsian tentang Hari Kebangsaan 2025 di atas bermanfaat untuk anda semua rakyat Malaysia di luar sana.