Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hari Kraf Kebangsaan 2024: Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Anda!

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2024 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Isi Kandungan

Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2024

Bagi menghargai sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan serta memperkasa produk kraf Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) bagi tahun 2024 buat kali ke-21.

Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2024 dianjurkan bagi mempromosikan seni dan dunia kraftangan Malaysia.

Kemeriahan HKK 2024 makin terasa, nantikan kepelbagaian produk kraf tempatan bertemakan ‘Ini Kraf Malaysia’ akan diketengahkan oleh usahawan dan komuniti kraf dari seluruh Malaysia.

Tujuan utama HKK semestinya tidak lain tidak bukan untuk membantu para pengusaha kraf untuk menjana pendapatan serta meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.

Sambutan pada kali ini dijangka akan menghimpunkan pelbagai rekaan produk kraf baharu dalam bidang

  • kraf tekstil,
  • hasil rimba,
  • tanah,
  • hasil logam, dan
  • aneka kraf

yang dibuat sendiri oleh usahawan kraf dari seluruh negeri.

Penganjuran kali ini bukan sahaja dapat menggalakkan masyarakat mengguna pakai produk tempatan malah ia juga menjadi medium pertemuan penggiat industri dan pencinta kraf bertukar-tukar pandangan bagi kemajuan industri kraf negara.

Maklumat sambutan HKK 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

LokasiKompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay
Tarikh21 Februari 2024 (Rabu) – 4 Mac 2024 (Isnin)
Masa10.00 Pagi – 10.00 Malam
Hari Kraf Kebangsaan 2024

Untuk makluman semua, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan pada sambutan HKK 2024.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai mana-mana aktiviti yang dianjurkan pada sambutan HKK 2024 ini, anda boleh mengimbas kod QR di bawah untuk mendaftarkan penyertaan terlebih dahulu.

Hari Kraf Kebangsaan 2024: Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Anda! 1
Hari Kraf Kebangsaan 2024

Senarai Aktiviti Hari Kraf Kebangsaan 2024

Berikut merupakan aktiviti-aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang Hari Kraf Kebangsaan 2024, antaranya adalah

  1. Jualan Produk Kraf.
  2. Padanan Perniagaan.
  3. Pameran Tokoh Kraf Negara 2024.
  4. Pameran Standard Kraftangan Malaysia.
  5. Pameran Pavilion Institut Kraf Negara (IKN).
  6. Pameran Produk Kraf Baharu.
  7. Pameran MYCRAFTSHOPPE.
  8. Demonstrasi Kraf.
  9. Interaktif Kraf.
  10. Seminar Kraf.
  11. Lawatan Berpandu Berkumpulan.
  12. Aktiviti Galakan Pengunjung (Projek Kraf Upcycle, Jom HOHO ke HKK 2024, Persembahan Kesenian dan Pertandingan).
  13. Jualan Makanan Dan Minuman.
Hari Kraf Kebangsaan 2024: Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Anda! 2
Hari Kraf Kebangsaan 2024
Hari Kraf Kebangsaan 2024: Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Anda! 3
Hari Kraf Kebangsaan 2024

Jemputan Lawatan Berpandu Kumpulan

Kraftangan Malaysia mengalu-alukan kehadiran semua bagi menyertai Aktiviti Lawatan Berpandu Berkumpulan sempena Hari Kraf Kebangsaan 2024.

Sila imbas kod QR pada poster di bawah terlebih dahulu untuk membuat pendaftaran penyertaan Jemputan Lawatan Berpandu Kumpulan.

Hari Kraf Kebangsaan 2024: Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Anda! 4
Hari Kraf Kebangsaan 2024

Pertandingan HKK 2024 Tiktok

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:

  1. Penyertaan terbuka kepada semua.
  2. Peserta perlu hadir ke taklimat pada 25 Februari 2024 (Ahad) pukul 11.00 pagi.
  3. Peserta perlu menyediakan video mengenai HKK 2024.
  4. Video perlu dimuat naik ke akaun TikTok dan boleh dikongsi melalui Facebook, Instagram dan X (Twitter).
  5. Peserta perlu meletakkan tanda pagar #TIKTOKHKK2024.
  6. Peserta boleh memuat naik seberapa banyak video TikTok di SOCMED.
  7. Peserta dinilai dari segi kreativiti, copy writing, bilangan like dan share.

Hadiah Pertandingan HKK 2024 Tiktok adalah sebanyak RM100.00 (setiap pemenang) untuk 20 pemenang.

Sila imbas kod QR pada poster di bawah terlebih dahulu untuk membuat pendaftaran penyertaan Pertandingan HKK 2024 Tiktok.

Hari Kraf Kebangsaan 2024: Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Anda! 5
Hari Kraf Kebangsaan 2024

Pertandingan Poster AI HKK 2024

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:

  1. Penyertaan terbuka kepada semua.
  2. Peserta perlu hadir ke taklimat pada 25 Februari 2024 (Ahad) pukul 11.00 pagi.
  3. Peserta perlu menyediakan poster AI bertemakan HKK 2024.
  4. Poster AI perlu dimuat naik di akaun media sosial masing-masing seperti TikTok, Facebook, Instagram dan X (Twitter).
  5. Peserta perlu meletakkan tanda pagar #AIHKK2024.
  6. Peserta boleh memuat naik seberapa banyak video poster AI di SOCMED.
  7. Peserta dinilai dari segi kreativiti, copy writing, bilangan like dan share.

Hadiah Pertandingan Poster AI HKK 2024 adalah sebanyak RM50.00 (setiap pemenang) untuk 30 pemenang.

Sila imbas kod QR pada poster di bawah terlebih dahulu untuk membuat pendaftaran penyertaan Pertandingan Poster AI HKK 2024.

Hari Kraf Kebangsaan 2024: Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Anda! 6
Hari Kraf Kebangsaan 2024

Projek Upcycle Kraf HKK 2024

Projek Upcycle Kraf HKK 2024 merupakan aktiviti secara santai yang mempamer kreativiti peserta membuat batik ikat celup menggunakan pakaian preloved / terpakai dan mewarna / mencelup produk kraf lama menjadi wajah baharu.

Barang yang perlu dibawa adalah pakaian (t-shirt, kemeja, blaus, tudung, sapu tangan dan lain-lain) dan produk kraf (tudung saji, bakul rotan, raga dan lain-lain).

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti berikut:

  1. Penyertaan terbuka kepada semua sama ada secara individu, berkeluarga atau berkumpulan.
  2. Setiap peserta dibenarkan untuk upcycle satu produk.

Sila imbas kod QR pada poster di bawah terlebih dahulu untuk membuat pendaftaran penyertaan Projek Upcycle Kraf HKK 2024.

Hari Kraf Kebangsaan 2024: Pelbagai Aktiviti Menarik Untuk Anda! 7
Hari Kraf Kebangsaan 2024

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut berkaitan Hari Kraf Kebangsaan 2024 ini, sila ikut akaun laman sosial berikut:

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More