Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hospital New York Seperti Mimpi Ngeri

KEADAAN dalam Hospital New York iaitu hospital Saint Joseph, New York ketika ini disifatkan sebagai mimpi ngeri.

Setiap hari, petugas perubatan di hospital tersebut berdepan detik cemas setiap kali cuba menyelamatkan nyawa pesakit COVID-19.

Sehinggakan pada setiap 10 hingga 12 jam sehari, sekurang-kurangnya enam individu disahkan meninggal dunia.

Menurut Pengarah Bahagian Kecemasan Hospital Saint Joseph, situasi mencabar dan menyayat hati itu, tidak pernah disangka akan berlaku.

MIMIPI NGERI di Hospital New York

“Ia bagaikan mimpi ngeri. Kami menerima jumlah pesakit yang sangat ramai. Dalam satu syif, saya akan mengumumkan sekurang-kurangnya enam kematian.

“Kebanyakan daripada mereka adalah warga emas, tetapi itu bukanlah purata keseluruhan. Malangnya, ramai yang disangka tidak dijangkiti, sudahnya dijangkiti virus berkenaan,” ujarnya.

Hospital yang lazimnya merawat rakyat tempatan golongan miskin teramai di Westchester County itu turut mencatatkan jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi selepas kawasan itu merekodkan kes pertama terawal sekitar Mac lalu.

50 peratus daripada 280 kakitangan hospital itu disahkan positif COVID-19 dengan 30 peratus lagi masih menunggu keputusan ujian saringan.

Sehingga kini, 900 kes kematian akibat COVID-19 disahkan di Westchester.

Justeru, mereka akan terus berusaha memerangi pandemik COVID-19 ini terutamanya buat penduduk tempatan.

“Anda hanya perlu meneruskan usaha. Ia akan berakhir kelak, dan ia akan memenatkan semua orang tetapi dalam usaha memerangi wabak ini, kami perlu terus berusaha,” katanya.

Setakat Rabu, Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kumulatif kes positif 819,175 dengan 45,343 kes kematian.

Sumber:astroawani

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More