Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Huraian Temubual Tentang Pengambilan Guru Secara One-Off

YBRS Dr Ahmad Rafee bin Che Kassim selaku Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pengambilan Profesionalisme Keguruan) pada 22 Jun 2021 telah memberi penjelasan mengenai maksud pengambilan guru secara one-off.

Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mewujudkan kepelbagaian mata pelajaran yang menyusun kelayakan dan kelulusan bakal cikgu, bagi memastikan sumber bekalan lebih luas dan membolehkan pemilihan calon yang berkelayakan.

Dalam satu temubual siaran Malaysia Hari Ini bersama beliau telah menjelaskan bagaimana pengambilan guru ini akan dibuat bahkan siapa akan didahulukan.

YBRS Dr Ahmad Rafee bin Che Kassim selaku Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Pengambilan Profesionalisme Keguruan) pada 22 Jun 2021 telah memberi penjelasan mengenai maksud pengambilan guru secara one-off.

Perbezaan Pengambilan Khas Guru dengan yang setiap Tahun

Pada 2021 ini, pengambilan yang dibuat adalah sekali sahaja, tetapi dengan jumlah ambilan yang besar. Ini bertujuan untuk menyerap graduan pendidikan yang tiada pekerjaan termasuk juga graduan bukan pendidikan yang layak.

Pemilihan, saringan, temuduga dan pelantikan akan diuruskan oleh SPP manakala proses penempatan akan diuruskan oleh KPM.

Yang membezakan antara kedua pengambilan guru ini adalah:

  • Jumlah pengambilan tahunan adalah 5,000 orang calon sahaja, manakala bagi 2021 ini akan mengambil seramai 18,702 calon sekali sahaja.
  • Pengambilan guru yang biasa adalah untuk menggantikan guru yang bersara dan pembukaan sekolah baharu/ matapelajaran yang memerlukan guru, manakala pengambilan khas ini adalah untuk menutup jurang kekurangan guru.

Siapa Layak Memohon

  • Graduan yang memiliki iktisas (IPG)
  • Graduan Sarjana Muda dengan Pendidikan
  • Graduan Sarjana Muda awam yang memiliki Diploma Pendidikan
  • Graduan yang tidak memiliki SM dengan pendidikan juga boleh memohon (mengikut kesesuaian bidang dan perlu menjalani Diploma Pendidikan sebelum lantikan)
  • Graduan pendidikan AKAN DIBERI KEUTAMAAN

Nota: Jika graduan pendidikan tidak ada / masih kurang, pilihan pertama dan kedua akan diberi peluang.

Sebagai contoh, guru Fizik yang berjaya temuduga akan ditempatkan sebagai guru matapelajaran Sains.

Cara Memohon

  • Iklan akan dikeluarkan 7 Julai 2021 (save the date!)
  • Akan diterangkan dengan lebih lanjut di iklan akan datang.

Anda boleh rujuk portal rasmi SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan)

Proses Permohonan

  1. PERMOHONAN
  2. TAPISAN 1 (Kelayakan, bidang yang dipohon)
  3. Menduduki ujian UKCG (Ujian Kelayakan Calon Guru) bagi calon bukan pendidikan, jika lulus akan terus ke proses seterusnya
  4. Temuduga
  5. Keputusan temuduga
  6. Penempatan. (Akan diuruskan oleh KPM)

Penempatan

  • Calon akan ditempatkan pada bulan Oktober 2021
  • Bakal guru dinasihatkan agar BERSEDIA untuk ditempatkan di mana-mana sahaja demi memenuhi keperluan negara.

Sumber Malaysia Hari Ini dan Astro Awani

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More