Sumber Rujukan Globalisasi Anda

i-SAYANG KWSP BAKAL DILANCARKAN AWAL TAHUN INI

i-Sayang KWSP adalah kemudahan yang membolehkan pemindahan secara sukarela 2% caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan kemudahan i-Sayang sebagai satu usaha pihak kerajaan dalam membantu meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Selain daripada i-Sayang, KWSP juga menyediakan insentif RM250 bagi yang bekerja sendiri atau tiada pendapatan tetap. Insentif ini adalah kemudahan KWSP i-Saraan.

I-SAYANG KWSP

 

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN i-SAYANG KWSP?

i-Sayang KWSP adalah merupakan satu kemudahan yang akan membolehkan pemindahan secara sukarela 2% caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.

i-sayang kwsp

BAGAIMANAKAH CARA MEMOHON i-SAYANG KWSP?

Akan dikemaskini dari semasa ke semasa memandangkan belum ada maklumat berkenaan cara untuk melakukan permohonan i-Sayang KWSP.

BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN i-SAYANG KWSP?

Jumlah yang bakal diterima daripada bantuan ini ialah :

  • Membenarkan pemindahan secara sukarela 2% caruman daripada akaun suami ke akaun isteri.
  • KWSP akan menyokong skim caruman lebihan yang sukarela yang mana ahli boleh meminta pihak majikan untuk meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih dari 11% kadar berkanun.

TARIKH BAYARAN i-SAYANG KWSP

Bayaran i-Sayang tersebut dijangka bakal dilaksanakan bermula pada awal tahun 2022 ini namun tarikh bayaran belum disahkan buat masa ini. Pihak kami akan melakukan kemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

  • INISIATIF i-LINDUNG KWSP
    • Selain i-Sayang KWSP, satu lagi kemudahan yang akan dilancarkan untuk bakal pesara adalah i-Lindung, iaitu skim yang membenarkan pengeluaran dari Akaun 2 untuk membuat pembelian insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.
    • Antara inisiatif lain yang sedang dipertimbangkan juga termasuklah mewajibkan perlindungan kepada pekerja sektor informal dalam bidang bukan pertanian secara berperingkat.
  • Sila layari portal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengetahui perkembangan terkini berkenaan i-Sayang yang bakal diumumkan nanti.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua yang membaca. Sebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan untuk manfaat bersama.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More